ASEAN merupakan singkatan bagi "Association of Southeat Asian Nations" atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara.
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi Asean di Bangkok, Thailand.
Tujuannya adalah bagi mengukuhkan kerjasama serantau.
Ianya terdiri daripada negara-negara pengasas iaitu Malaysia, Filipina, Singapura, Indonesia dan Thailand.
Hampir dua dekad kemudian, Brunei, Laos, Vietnam dan Kemboja telah menyertai Pertubuhan ASEAN.
Negara-negara keanggotaan ASEAN menerajui wawasan bahawa setiap negara di Asia Tenggara bekerjasana secara aktif ke arah keamanan, kestabilan, kemajuan serta kesejahteraan rantau ini.
"Pertubuhan ini mewakili kehendak bersama negara-negara Asia Tenggara untuk bersatu dalam semangat persahabatan serta kerjasama dan melalui usaha serta pengorbanan bersama memastikan keamanan dan kesejahteraan untuk setiap rakyat."
Deklarasi Bangkok 8 Ogos 1967
Objektif Penubuhan ASEAN
Asean ditubuhkan dengan matlamat untuk kepentingan bersama serta mewujudkan kerjasama serantau dari segi politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
Melalui konsep kolektif ini, negara-negara anggota ASEAN berkongsi tanggungjawab untuk memaju serta meningkatkan sosio-ekonomi dan memastikan kestabilan serta keamanan serantau yang bebas daripada ancaman dan pengaruh kuasa luar.
Deklarasi Bangkok yang ditandatangani pada 8 Ogos 1967 telah menggariskan objektif utama ASEAN iaitu :-
- Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan serantau melalui usahasama dalam semangat keamanan dan persahabatan demi mengukuhkan keamanan dan kesejahteraan seluruh komuniti di Asia Tenggara.
- Mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau menghormati keadilan dan undang-undang di dalam hubungan antara negara serta mematuhi prinsip-prinsip carta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
- Mewujudkan kerjasama aktif dan saling membantu ke atas perkara-perkara kepentingan bersama dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran.
- Mengadakan kerjasama yang lebih berkesan untuk meningkatkan lagi aktiviti pertanian dan industri, meluaskan perdagangan dan komoditi antarabangsa, meningkatkan pengangkutan serta komunikasi dan taraf rakyat.
- Menggalakkan kajian tentang Asia Tenggara.
- Mengekalkan kerjasama erat dengan organisasi antarabangsa dan serantau yang mempunyai matlamat sama serta mencari jalan merapatkan lagi kerjasama dengan mereka.
No comments:
Post a Comment