Tuesday, October 28, 2014

Taklimat Persediaan Ke Tingkatan 1 - SKPI

Satu taklimat Persediaan Ke Sekolah Menengah telah diadakan pada 28 Oktober di dewan SKPI. Ianya dihadiri oleh semua pelajar Tahun 6 SKPI.

Penceramah jemputan merupakan Penyelia Petang SMK Permai Indah iaitu Cikgu Nurul Huda bt Ahmad.  

Objektif Taklimat adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Tahun 6  tentang

  • perbezaan alam sekolah rendah dengan sekolah menengah
  • persekitaran alam sekolah menengah yang lebih mencabar
  • pengawalan dan batas-batas pergaulan semasa berada di sekolah menengah
  • pengenalan kepada mata pelajaran yang bakal dipelajari di sekolah menengah 





Taklimat selama dua jam ini padat dengan informasi yang amat berfaedah kepada para pelajar yang bakal menjejak kaki ke Tingkatan 1 pada Januari 2015.





Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Nurul Huda di atas kesudian beliau mengadakan taklimat tersebut.

Monday, October 27, 2014

Perlancaran KM1M & Anugerah Tokoh Nilam Negeri Pulau Pinang Tahun 2014

Perlancaran Kem Membaca 1-Malaysia (KM1M) dan Penganugerahan Tokoh NILAM Negeri Pulau Pinang 2014 telah diadakan di SMKA Al Irsyhad Kepala Batas pada pagi 27 Oktober 2014. 
 Dengan bertemakan Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia, majlis dirasmikan oleh Dato' Hj Osman bin Husain (Pengarah Pendidikan Pulau Pinang).



Ianya turut dihadiri oleh para Pengetua, Guru Besar, Guru Perpustakaan Media serta para pelajar dari sekolah-sekolah menengah dan rendah seluruh negeri Pulau Pinang yang berjaya mencapai prestasi NILAM yang cemerlang.  

Seorang pelajar SKPI iaitu adik Devyasree Umapathey dari kelas 5 Rafflesia berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori Pembaca Terbanyak PKG Alma. 

Syabas adik Devyasree

video klik di atas

Saturday, October 25, 2014

Maal Hijrah 1436 SKPI

Ucapan SELAMAT MAAL HIJRAH kepada warga SKPI Islam.  

Tuesday, October 21, 2014

Happy Deepavali..SKPI

PSS SKPI mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada guru-guru serta murid-murid SKPI yang beragama Hindu.

Monday, October 20, 2014

Sunday, October 19, 2014

Sukan SKPI 2014

SK Permai Indah telah menjalankan Kejohanan Olahraga, Balapan dan Sukan pada 18 Oktober 2014 (Sabtu).  Majlis yang sederhana tetapi meriah tersebut telah dirasmikan oleh Tn Hj Zainol Abidin bin Ismail, YDP PIBG SK Permai Indah.  







Video-klik di atas

Friday, October 17, 2014

Sepanjang Minggu Sukan SKPI 2014

Sekitar minggu Sukan -  14 hingga 17 Oktober 2014




(Video-Klik di atas)

Wednesday, October 15, 2014

Pembaca Terbanyak Bulan Ogos

Keputusan Pembaca Terbanyak Bulan Ogos

Tahun 5
Muhammad Afiq Luqman b. Ahmad Rosli - 5 Rafflesia









Tahun 4
Mohammad Nazmeen b Ahmad Ismail - 4 Rafflesia

  







Tahun 3
Nandhini a/p Satiasilim - 3 Jasmine









Tahun 2
Nurul Ellyana bt Zulkifli - 2 Rafflesia











Tahun 1
Nur Zahirah Batrisyia bt Mohd Nazri - 1 Rafflesia

Sunday, October 12, 2014

Semakan Keputusan UPSR 2014



Sebaik sahaja pengumuman keputusan UPSR dibuat, adik-adik boleh membuat semakan di sekolah masing-masing pada hari yang ditetapkan.
Adik juga boleh membuat semakan keputusan UPSR melalui SMS. 
Cara Membuat Semakan Keputusan UPSR
Semakan Keputusan UPSR 2014 secara SMSSemakan SMS: Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
Contoh: UPSR BC001A049 hantar ke 15888
PSS SKPI mengucapkan semoga berjaya kepada semua pelajar Tahun 6 - 2014. 

Saturday, October 11, 2014

Berakhir sudah UPSR 2014

UPSR 2014 baru sahaja tamat beberapa hari yang lalu, di mana murid-murid Tahun 6 telah menempuhi pelbagai rintangan - ujian ditangguh, peperiksaan diulang...dan sebagainya.
Kini, adik-adik pula mula rasa berdebar menanti keputusan yang akan diumumkan pada 
26 November 2014  (Klik di tarikh ini)
sumber : 
http://m.utusan.com.my/Dalam_Negeri/20141010/dn_04/Keputusan-UPSR-diumum-26-November

Friday, October 10, 2014

Pertandingan Menyanyi Lagu Bahasa Cina Tahap 1

Panitia Bahasa Cina SKPI bersama Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan satu Pertandingan Menyanyi Lagu Bahasa Mandarin pada 10 Oktober 2014.  




Seramai 30 orang pelajar berbangsa Melayu, India dan Kadazan dari Tahun 1-3 telah menyertai pertandingan tersebut.  




Cikgu Yeap, selaku Ketua Panitia Bahasa Cina telah mengendalikan pertandingan tersebut.  
Manakala hakim pertandingan terdiri darpada beberapa orang guru BM, BI, Matematik.dan Muzik.
Video (klik di sini)

Wednesday, October 8, 2014

Penyampaian Hadiah Rasmi- Kejohanan Sepak Takraw













Pasukan Sepak Takraw SKPI telah berjaya meraih kejayaan yang agak cemerlang dalam Kejohanan Sepak Takraw Zon Bukit Mertajam baru-baru ini.
(KLIK DI SINI UNTUK LAPORAN)




Tuesday, October 7, 2014

Hari Kanak-Kanak SKPI 2014

Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah telah berlangsung dengan meriah di dewan SKPI pada 7 Oktober 2014.
















Tujuan sambutan Hari Kanak-Kanak ini diadakan bagi memberi penghormatan serta pengiktirafan oleh pihak sekolah kepada murid-murid SKPI yang bergelar kanak-kanak. 
















Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan memberi kegembiraan kepada setiap murid SKPI. Diharap menerusi kegembiraan ini, dapat merangsang murid SKPI untuk meningkatkan kecemerlangan dalam semua aspek kerana mereka bakal mewarisi dunia ini kelak.    

Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan :-

  • Persembahan Murid 
  • Dikir Barat bahasa Arab
  • Bercerita/Story-Telling
  • Pakaian Patriotik
  • Spelling Bee
  • SKPI Got Talent
  • Kuiz
  • Permainan -musical chair, water melon eating contest