Tuesday, September 30, 2014

Program Jom Baca Buku SKPI 2014

27 September 2014
Program Jom Baca Buku telah dianjurkan oleh Unit Aktiviti Pusat Sumber SKPI bagi menyemaikan tabiat membaca di kalangan para pelajar.  








Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan 
  • Bacaan Buku Serentak 1-Sekolah
  • Bacaan Teks Cerita BM bersama Cikgu
  • Read story aloud with Dear Teacher
  • Bacaan Teks Cerita Bahasa Arab bersama Ustazah
  • Tayangan Filem Bawang Putih Bawang Merah 
  • Kuiz Tahap 2
  • Pertandingan Tulisan Cantik (menyalin teks cerita)-Tahap 1
  • Pertandingan Mengarang Cerita Fiksyen-Tahap 2 

*VIDEO - klik di sini 




Friday, September 26, 2014

Program "Jom Baca" SKPI 2014


PROGRAM JOM BACA BUKU

Pusat Sumber SKPI akan mengadakan Program JOM BACA BUKU mengikut ketetapan berikut.

Tarikh : 27 September 2014 (Sabtu)
Masa  : 8.00 - 11.30 pagi
Tempat : Dewan SKPI















Tentatif Program

  • 8.00 pagi  - Pelajar, Guru dan ibu bapa mengambil tempat di dewan
  • 8.10 pagi  - Ketibaan Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan Sekolah
  • 8.15 pagi  - Ucapan Pengerusi Majlis dan Bacaan Doa
  • 8.25 pagi  - Pelancaran Program JOM BACA BUKU
  • 8.30 pagi  - Aktiviti membaca secara serentak warga SKPI -20 minit
  • 9.00 pagi   -  Bacaan Teks Cerita 'Tiga Bahasa' (BM,BI,BA) 
                                 Read-aloud-text           
  • 9.40 pagi   - Rehat Tahap 1
                             - Tayangan Filem "Bawang Putih" & kuiz (Tahun 4,5)
                             - PdP di bilik darjah masing-masing (Tahun 6)


  • 10.00pagi - Pertandingan Menyalin Cerita (Tahun 1,2 ,3)
  • 10.40pagi - Rehat Tahap 2
  • 11.00pagi - Pertandingan Mengarang Cerita (Tahun 4,5) 
                             - PdP di bilik darjah masing-masing (Tahun 6)


Peringatan 
Semua guru dan murid SKPI dikehendaki membawa bahan bacaan untuk aktiviti baca beramai-ramai.  

Thursday, September 25, 2014

Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak

LENCANA KEAHLIAN

  • Persetiaan dan undang-undang Pengakap
  • Rukun Negara
  • Tabik, hormat, isyarat hormat dan cogan kata Pengakap
  • Sejarah permulaan Pergerakan Pengakap dan cerita hutan
  • Laung agung

LENCANA KEPANDAIAN  (Lencana Wajib – pilih satu)
(a)    Lencana Ahli Renang
  • Peraturan dan undang-undang keselamatan di air
  • Memulakan renang
  • Kuak dada (teori)
  • Cara menjunam (teori)
  • Berenang berpakaian 30 meter
  • Berenang menimbulkan diri
 (b)   Lencana Ahli Penunggang Basikal
  • Undang-undang jalan raya
  • Peraturan basikal
  • Isyarat menunggang basikal
  • Kemalangan semasa berbasikal
  • Perlanggaran undang-undang yang menyebabkan kemalangan
  • Menjaga basikal
  • Isyarat jalan raya
  • Memiliki basikal
  • Menunggang basikal
 LENCANA KEMAJUAN
KERIS GANGSA
(a)    Kesetiaan
  • Menyanyi lagu Negaraku
  • Mengenal bendera Malaysia dan bendera negeri
  • Lambang dan Cogan Kata Pengakap
  • Pengertia Rukun Negara
  • Ketua Negara dan ketua negeri
  • Persetiaan dan undang-undang Pengakap
  • Hormat, isyarat dan salam Pengakap
  • Mengenal nama penuh pemimpin Pengakap dan lain-lain
  • Sejarah perkembangan kumpulan di sekolah
  • Mengetahui tempat ibadat
  • Nilai-nilai beribadat

(b)   Kesihatan dan Keselamatan

  • Kesihatan dan kebersihan badan
  • Kebersihan tandas, pembuangan sampah dan sumber minuman
  • Memakai kasut dan selipar
  • Bahaya pil dan gula-gula
  • Penyakit kulit
  • Bahaya benda tajam
  • Bahaya bahan letupan
  • Bantuan orang dewasa
  • Peraturan pejalan kaki
  • Keselamatan jalan raya
  • Peti pertolongan cemas
 (c)    Kecekapan
  • Asas perbarisan
  • Permainan berpasukan
  • Mengekalkan kesegaran fizikal
  • Menggunakan pisau kecil
  • Perhubungan awam
  • Pakaian seragam Pengakap
  • Isyarat Pengakap
  • Simpul buku sila 
(d)   Penyertaan
  • Perkumuhan manusia, haiwan dan tumbuhan
  • Memelihara binatang/haiwan
  • Membaca buku pemeliharaan haiwan
  • Pusat sumber
  • Membuat barang permainan
  • Persembahan di sekolah
  • Lakonan bisu
  • Muzium mini di rumah
  • Membuka akaun simpanan wang
 (e)   Perkhidmatan
  • Membantu ibu bapa di ruumah
  • Lawatan
  • Melaporkan satu peristiwa
  • Perlaksanaan undang-undang sekolah
  • Khidmat kemasyarakatan
  • Buku Log Mingguan
 Lencana Kegemaran (Dapatkan dua daripada kategori ini)
  • Ahli koleksi hobi
  • Ahli kraftangan
  • Peladang kecil
  • Pelukis
  • Pembaca buku
  • Penghibur
 KERIS PERAK
(a)    Kesetiaan
  • Menyanyi lagu kebangsaan dan lagu kebesaran negeri
  • Mengetahui maksud lambang pada bendera
  • Melukis lambang Pengakap
  • Nama pembesar-pembesar Negara
  • Persetiaan dan undang-undang Pengakap
  • Pesuruhjaya Pengakap Daerah
  • Sejarah Pengakap
  • Rukun-rukun sembahyang
  •  
(b)   Kesihatan dan Keselamatan
  • Kebersihan fizikal dan mental
  • Sebab-sebab kulit melecur
  • Senaman
  • Pernafasan tradisi Pengakap
  • Merawat hidung berdarah
  • Merawat penyakit kulit
  • Merawat luka dan melecur
  • Bahaya alat elektrik
  • Bahaya ubat tanpa nasihat doctor
  • Kegunaan peti pertolongan cemas

(c)    Kecekapan
  • Latihan asas perbarisan
  • Asas ikatan dan simpulan
  • Menaikkan bendera
  • Permainan berpasukan
  • Panjat tali atau sejarah keluarga
  • Berenang atau berbasikal
 (d)   Penyertaan
  • Haiwan terbang dan haiwan daratan
  • Pembinaan makanan oleh tumbuhan
  • Kebersihan makanan
  • Sains computer attau ucapan halo
  • Penggunaan telefon
  • Wang simpanan
  • Tarian atau nasyid

(e)   Perkhidmatan
  • Pakaian lama/terpakai
  • Alat perhubungan
  • Syarahan
  • Doa
  • Akaun perbelanjaan
  • Bantuan dalam air
  •  Lencana Pengetahuan
(Dapatkan dua daripada kategori ini)
  • Ahli olahraga
  • Ahli pasukan permainan
  • Ahli sains
  • Pencinta alam semula jadi
  • Pembaca peta
  • Pengembara
  • Pemeliharaan alam sekitar
 KERIS EMAS
(a)    Kesetiaan
  • Menyanyikan lagu patriotik
  • Lambang negara dan negeri
  • Orang kenamaan daerah dan kampung
  • Pegawai Pengakap
  • Mengamalkan rukun-rukun agama
  • Menyertai sambutan hari keputeraan
  • Sambutan perayaan lain
  •  
(b)   Kesihatan dan Keselamatan
  • Peraturan hidup sihat
  • Penyakit selsema
  • Pertolongan cemas dan bantuan kecemasan
  •  Kandungan peti pertolongan cemas dan jenis-jenis pembalut
  • Mengikat anduh
  • Keselamatan di air
  • Cara-cara berenang
  • Mengumpul maklumat media
  •  
(c)    Kecekapan
  • Asas perbarisan
  • Memasang, menarik, mengibar, menurun dan melipat bendera
  • Asas permainan pasukan
  • Asas seni mempertahankan diri
  • Mengekalkan kesegaran fizikal
  • Latihan ala komando
  • Ikatan dan simpulan
  • Mendirikan dan menurunkan khemah

(d)   Penyertaan
  • Mengetahui hidupan di air
  • Sifat tumbuh-tumbuhan
  • Membuat kerja tangan
  • Kesejahteraan alam sekitar
  • Menyanyi
  • Berlakon
  • Tarian kebudayaan
(e)   Perkhidmatan
  • Khidmat masyarakat
  • Membantu ekspedisi
  • Membantu rakan sebaya
  • Membantu pemimpin
  • Membuat model
  • Mengurus malam pengakap
  • Menyambung perkhidmatan Lencana Gangsa dan Emas 
Lencana Perkhidmatan (Dapatkan dua daripada kategori ini)
  • Pekerja am
  • Pengurus rumah
  • Penyelamat nyawa
  • Ahli pertolongan cemas

Sumber : 
http://06kk.wordpress.com/program-latihan/skim-latihan-pkk


Wednesday, September 24, 2014

Aktiviti Perjumpaan Pengakap


Pengenalan kepada dua lencana Pengakap iaitu 

  • Lencana Penunggang Basikal
  • Lencana Ahli Berenang










Hari Susu Sekolah Sedunia 2014 SK Permai Indah

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan sambutan 
Hari Susu Sekolah Sedunia 
pada 24 September 2014.  
Para pelajar SK Permai Indah turut menyertai sambutan tersebut.
Sambutan ini melakar sejarah dalam Malaysia Books of Record (MBoR) sebagai acara minum susu secara serentak di seluruh negara yang melibatkan 1.4 juta murid


(Video - klik di bawah)

Monday, September 22, 2014

Jadual Ulangan UPSR 2014

Kertas Sains 018

dan

Kertas Bahasa Inggeris 014/1, 014/2


akan diadakan pada 

30 September 2014


manakala

Kertas Matematik 015/1

akan diadakan pada


9 Oktober 2014





Jadual Peperiksaan klik di bawah
Kertas Matematik 015/1
Kertas Sains 018 dan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2

Tuesday, September 9, 2014

Instrumen Pemeriksaan PBS oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK)



















Untuk Makluman Guru SK Permai Indah,
Pihak Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK) akan melaksanakan Pemeriksaan Khas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mulai  07 September hingga  17 Oktober 2014.

Berikut merupakan instrumen utama yang akan digunakan semasa Pemeriksaan Khas tersebut:

- Instrumen  A:  Maklumat Asas Sekolah
- Instrumen  B:  Pengurusan Dan Penjaminan Kualiti PBS
- Instrumen  C:  Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah
- Instrumen  D:  Pelaksanaan PAJSK
- Instrumen  E:  Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik
- Instrumen  F:  Pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3

Cikgu boleh muat turun semua instrumen tersebut  dengan klik pada bahagian attachments di atas seperti ketetapan berikut :   
Sekolah Rendah  (Instrumen A hingga E


Monday, September 8, 2014

Mohon Restu Ilmu UPSR SKPI

Satu majlis Restu Ilmu ringkas telah diadakan buat para pelajar Tahun 6 SKPI 2014 telah diadakan pada pagi 8 September.  

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada para pelajar Tahun 6 SKPI memohon restu agar guru mendoakan kejayaan mereka.  

Semua guru yang berbilang kaum telah berkumpul di dataran SKPI memberikan kata-kata nasihat dan perangsang kepada anak-anak murid yang bakal menduduki UPSR pada hari berikutnya.  





Semua murid Tahun 6 beratur untuk bersalaman dan memohon restu daipada guru-guru. Semoga dengan restu yang diberikan, murid-murid Tahun 6 SKPI akan dapat menduduki peperiksaan UPSR pada 9 September ini dengan penuh yakin dan tenang, seterusnya memperoleh kejayaan yang cemerlang.   

Tips Sebelum UPSR

           
















SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN


1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan     
    penting untuk matapelajaran yang 
    akan adik ambil esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat
 "SAYA 
    BOLEH LAKUKANNYA"
3. Sediakan segala peralatan untuk menulis
                  - 4 batang pensil 2B siap diraut tajam -     
                  - sebutir pemadam
                  - pengasah pensil
                  - pembaris
4. Tidur seawal pukul 9.00 malam untuk membenarkan 
    otak memproses semua maklumat yang adik imbas 
    sebentar tadi.

                   
       SEMASA HARI PEPERIKSAAN 
·        
1. Bangun awal
2. Sembahyang mengikut agama masing-masing.
3. Bersiap sedia ke sekolah.
4. Jangan lupa untuk bersarapan. Jangan terlalu berat.     
    Takut nanti, adik sakit perut atau merasa tidak selesa 
    semasa berada dalam dewan peperiksaan.
5. Pastikan adik membawa:-
    - Semua peralatan menulis yang adik sediakan semalam.
    - Surat lahir / kad pengenalan
    - Slip angka giliran anda.
6. Bersalaman dengan ibu dan bapa serta ahli keluarga 
    adik.
7. Bertolak ke sekolah lebih awal dari biasa
    Ini bertujuan  untuk menghasilkan suasana tenang. 
    Tergesa-gesa akan mencetuskan perasaan  panik.

                    
          KETIKA DI SEKOLAH

    1. Sampai di sekolah, duduk di suatu sudut dan baca     
        semula secara imbas semua panduan, tip-tip penting 
        dan rumusan.
    2. Tarik nafas dalam-dalam dan releks.
    3. Doa mengikut agama masing-masing.


              DALAM DEWAN PEPERIKSAAN
    1. Duduk dengan tenang. Yakin dengan usaha adik 
        selama ini. 
    2. Baca soalan dengan perlahan dan fahami betul-betul 
        sebelum menjawab.




    PSS mengucapkan “SELAMAT MAJU JAYA” kepada adik-adik Tahun 6 SK Permai Indah.  5A sudah pasti di tangan adik....