Friday, June 28, 2013

Raptai Sukan SKPI 2013

Raptai Sukan 2013 telah dijalankan pada hari Jummat, 28 Jun di padang sekolah SKPI. Semua guru dan murid terlibat dalam aktiviti ini.

Para pelajar dari Pra Sekolah sehingga Tahun 6 telah berkumpul dalam rumah masing-masing di bawah khemah yang dipasang di ruang padang SKPI.

Empat buah rumah iaitu Laksamana, SyahBandar, Temenggung dan Bendahara akan bertanding dalam beberapa acara yang telah ditetapkan seperti lontar peluru, lompat jauh, lompat tinggi, acara trek dan sukaneka.

Turut dipertandingkan pada tahun ini adalah acara perbarisan, hiasan rumah dan maskot.  Guru-guru rumah dan murid-murid dilihat bertungkus-lumus membuat persiapan bagi memastikan rumah mereka menjadi terbaik dan juara.

Raptai telah dijalankan dengan baik dan lancar walaupun cuaca yang panas terik.  Segala kekurangan yang dikesan akan diperbaiki menjelang hari sukan nanti.

Semua murid memberikan kerjasama yang baik sepanjang raptai dijalankan. Diharap semua yang dirancang akan berjalan dengan sempurna.












Thursday, June 27, 2013

Bersih Belukar, Risau Pelajar Diancam Bahaya




Kawasan parit bersebelahan pagar Sekolah Kebangsaan Permai Indah yang ditumbuhi lalang yang tinggi serta beberapa pohon kelapa sawit yang menjalar sehingga pagar sekolah.

Belukar ini bukan saja menyakitkan mata memandang, malah membahayakan keselamatan pelajar.

Kawasan semak ini dikhuatiri menjadi habitat haiwan berbahaya dan berbisa yang mengancam keselamatan para pelajar sekolah.

Terdapat beberapa kes di mana ular, biawak serta serangga berbisa menyelinap masuk ke kawasan sekolah. Keadaan ini sudah tentu akan membahayakan para pelajar.

Diharap pihak Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dapat mengambil tindakan untuk membersihkan kawasan belukar berhampiran pagar sekolah kami.



Peristiwa 15 April 2013



Wednesday, June 26, 2013

Sukantara 2013

Sukantara SK Permai Indah berlangsung dari 24-26 Jun. Empat buah rumah sukan mengambil bahagian dalam acara padang dan balapan dalam usaha untuk mengumpul mata kemenangan rumah masing-masing.
Rumah-rumah sukan - Rumah Bendahara (Merah), Temenggung (Kuning), Laksamana (Hijau) dan SyahBandar (Biru).

Sukantara ini adalah satu aktiviti tahunan kokurikulum SKPI yang melibatkan murid-murid Tahun 1-6, di mana setiap murid diberi peluang untuk menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing melalui acara-acara yang dipertandingkan.

Acara-acara tersebut ialah lontar peluru, lompang kijang, lompat jauh, lompat tinggi dan acara balapan.

Kejohanan Padang & Balapan SKPI yang ke 12 akan berlangsung pada 29 Jun 2013. 
Sukantara 2013-Lompat Tinggi


 






Sukantara 2013-Lompat Kijang/Lompat Jauh







Sukantara 2013-Lontar Peluru





Acara Pra Sekolah

Acara Tarik Tali-separuh akhir









Thursday, June 20, 2013

Lawatan Sambil Belajar Pengawas PSS ke Alor Setar

Unit Aktiviti PSS telah mengadakan satu lawatan ilmiah ke Negeri Kedah Darul Aman pada 19 Jun yang lalu.  Lawatan Sambil Belajar merupakan anjuran PSS bersama Badan Pengawas SKPI.  Seramai 81 pengawas PSS dan pengawas sekolah telah menyertai rombongan tersebut yang diiringi oleh 8 orang guru.
Cikgu Mahadevan, Cikgu Gladys, Sir Anwaruddin, Teacher Mazliyana, Ustazah Misrojah, Cikgu Rizal, Cikgu Sabariah dan Teacher Lim.  

Tempat-tempat yang dilawati - Muzium Negeri Kedah, Pusat Sains Cawangan Wilayah Utara, Muzium Padi, Menara Alor Setar dan Istana Anak Bukit.





Gambar akan disusuli kemudian.

Saturday, June 15, 2013

Sambutan Ikrak & Mikraj SKPI

Majlis Sambutan Ikrak & Mikraj Peringkat Sekolah telah diadakan pada 14 Jun 2013.  Beberapa aktiviti dijalankan iaitu ceramah Ikrak & Mikraj, kuiz dan persembahan nasyid.