Wednesday, July 20, 2016

Sambutan Hari Raya SKPI 2016

Tarikh : 20 Julai 2016


SK Permai indah telah mengadakan Sambutan Hari Raya Peingkat Sekolah.  Majlis ini disertai oleh semua guru dan kakitangan SKPI, murid-murid PraSekolah Tahun 1 hingga 6 dan turut dimeriahkan lagi dengan para tetamu jemputan - AJK PIBG serta para ibu bapa. 

Majlis ini bermula pada jam 12.10 tgh dan berakhir pada jam 3.30 ptg. Pengajaran dan Pembelajaran tetap dijalankan pada jam 7.40 pagi hingga 12.10 tengah hari. Antara program yang diadakan sepanjang sambutan ini ialah acara persembahan nyanyian daripada guru-guru dan murid-murid SK Permai Indah, Pertunjukan Fesyen Baju Raya, sketsa Hari Raya dan koir Hari Raya. Acara ini telah dijalankan di dewan sekolah.

Semua warga SK Permai Indah kelihatan sangat gembira dan hari raya disambut dengan meriah sekali. Pelbagai juadah dan kuih-muih disediakan oleh pihak penganjur untuk dijamu kepada warga sekolah dan para jemputan iaitu menu utama – bihun sup.


Harapan penganjur agar sambutan seperti ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dan dijadikan acara tahunan dengan sokongan padu daripada pihak PIBG, para waris serta badan-badan swasta.

Berikut adalah gambar-gambar sambutan tersebut :-




 



Acara Mewarna 
 











Acara Memasak Bibun Sup
















Para Pelajar Menikmati juadah Hari Raya





Konsert Hari Raya SKPI












Sambutan Raya Pra Sekolah SKPI




Sunday, July 17, 2016

Program CATNA UPSR SKPI

Tarikh : 11- 16 Julai 2016 
Program CATNA UPSR

Ianya merupakan satu program yang dirancang bagi peningkatan UPSR para pelajar Tahun 6 SKPI.  Para pelajar telah didedahkan dengan teknik menjawab soalan UPSR.  Mereka telah dibekalkan dengan segala kemahiran-kemahiran berkaitan mata pelajaran BM, BI, Matematik dan Sains oleh guru-guru pakar SKPI. Di samping itu, mereka turut diberi motivasi bagi membina keyakinan diri untuk menghadapi UPSR.