Wednesday, January 30, 2013

Pengakap Kanak-Kanak

Perjumpaan Pengakap Kanak-Kanak(PKK) SKPI kali 1 bagi sesi 2013 telah diadakan pada 30 Jan selama satu jam.  Anak-anak Pengakap telah dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut tahun yang dikendalikan oleh beberapa Guru Pemimpin PKK.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan :
-Laungan Agung
-Persetiaan PKK
-Melukis/mewarna Logo PKK serta mengetahui maksud setiap bahagian logo
-Nyanyian lagu
-Tepukan PKK



Sunday, January 27, 2013

Hari Thaipusam

PSS mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada warga SKPI yang beragama Hindu. 

Saturday, January 26, 2013

Pertukaran Guru


Cikgu Siva @ Muthuletchumy akan bertukar ke SK Juru. 
PSS SKPI mengucapkan "Selamat Maju Jaya" kepada beliau.

Friday, January 25, 2013

Kejohanan Merentas Desa 2013

Kejohanan Merentas Desa SKPI telah sempurna dijalankan pada 23 Jan (Rabu).  Manakala raptai telah diadakan sehari sebelumnya. 

Thursday, January 24, 2013

Maulidul Rasul

Warga SKPI yang beragama Islam,

Wednesday, January 23, 2013

Majlis Penyerahan BKAP 2013

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan anjuran bersama SK Permai Indah, SMK Permai Indah & SM Vokasional Seberang Perai telah diadakan pada petang 23 Januari bertempat di dewan SMVSP. Ianya dirasmikan oleh En. Mohan Apparoo [Penyelaras Parlimen Batu Kawan].



Monday, January 21, 2013

Jadual Pengagihan Bantuan Persekolahan 2013 - SKPI















Pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) 2013 kepada murid SK Permai Indah adalah bertujuan untuk meringankan tanggungan beban ibu bapa terutamanya di awal tahun persekolahan. 

Oleh yang demikian, semua waris warganegara akan menerima BKAP sebanyak RM 100 seorang murid.  Bantuan tersebut akan diagihkan kepada ibu bapa /penjaga mengikut ketetapan berikut :-









Surat Siaran Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013

Thursday, January 17, 2013

Sabtu, 19 Jan


Hari Sabtu, 19 Januari merupakan hari persekolahan bagi menggantikan cuti sempena sambutan Hari Raya Cina.  Para pelajar dikehendaki mengikut jadual hari  Khamis.



BERITA TERKINI
Hari Persekolahan pada HARI SABTU, 19 Januari 2013 DIBATALKAN mengikut arahan Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Link ke  Surat Siaran

Wednesday, January 16, 2013

Kebocoran Tangki Air di Perpustakaan & Pusat Akses

Air melimpah yang berpunca daripada kebocoran tangki air telah mengakibatkan sebahagian besar daripada ruang bacaan dan Pusat Akses dibanjiri air.  Tangki air tersebut terletak di anjung atas blok PSS.
Di antara kerosakkan adalah dua buah komputer dan empat rak buku.

Laporan telah dikemukakan kepada pihak PKG, Alma.  Dua orang pengawai PKG secara kebetulan sedang melawat sekolah untuk membuat tinjauan mengenai makmal komputer sekolah. 

Mulai 17 Januari, Pusat Akses dan Pusat Sumber akan ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja penyelenggaraan. 











 








 [Sila klik di bawah]
Kebocoran siling di PSS yang berlaku pada bulan Julai tahun lalu.

Tuesday, January 15, 2013

Genius Mental Arithmetic

Tiga orang pelajar SK Permai Indah telah berjaya menamatkan kursus Minda Matematik (Mental Arithmetic) Tahap 1 yang dikelolakan oleh Syarikat Genius Mind Education.  Mereka berjaya memperolehi Gred Cemerlang. 

Adik NurMiza Farzana Jamal Baharim turut berjaya mengondol tempat Ke-3 dalam Pertandingan "Genius Mental Arithmentic'' peringkat kebangsaan (ketegori Individu) yang berlangsung di Melaka pada 3 Nov 2012. 

Tahniah kepada pelajar-pelajar SKPI. 





Demo Mental Arithmetic



*[Sila klik di bawah]

Promosi Kelas Mental Arithmetic yang diadakan pada bulan Jun 2012

Monday, January 14, 2013

Pengawas Pusat Sumber 2013


















Ketua Pengawas Pusat Sumber
Aida Afrida bt Hasnizam (6R)

Timbalan Ketua Pengawas Pusat Sumber
Nur Miza Farzana bt Jamal Baharim (5R)

Pengawas Pusat Sumber Tahun 6
Akphiraq Sriphakdee (6R)
Siti Nur Izzati bt Ahmad Rosli (6R)
Wafiqah bt Razali (6R)
Zarieth Alia Syafiqah bt Mohd Rafie (6R)
Noor Athirah bt Azaman(6I)
Nur Husna Syabani bt Helmy (6I)
Nurul Dayana bt Mohd Irwan (6I)
Siti Nurul Ainsyah bt Wahab (6I)
Nurul Atikah bt Azmi (6J)
Nuraidatul Akmar bt Asraf (6J)
Nurul Fadhilah bt Abdullah (6A)
Nur Fasihah bt Mohd Shukri (6A)
Fatin Nurain bt Mohd Saad (6C)

Pengawas Pusat Sumber Tahun 5
Amir Fauzan b Mohd Mydin (5R)
Muhamad Haris Haikal b Abdul Rahim (5R)
Nur Husna bt Mat Nasir (5R)
Siti Nur Syafiqah bt Mohd Rafizal (5I)
Nur Sakinah bt Mahalel (5I)
Muhammad Afiq Rifqi b Abdul Ghani (5I)
Muhammad Rizky b Suhairi (5J)
Parassuraman Pillay a/l Sivaraman (5J)
Siti Nur Amisha Alia bt Mat Desa (5A)
Nur Aqilah Zulaikha bt Azhar (5A)

Pengawas Pusat Sumber Tahun 4
Amira Natasya bt Mohd Hajar (4R)
Shella Syauqina bt Mohd Zakuan (4R)
Nur Alwani bt Azman (4R)
Nur Ain Alia bt Azlan (4R)
Nur Zinnirah bt Azizul Rahman (4R)
Puteri Rohaya bt Hadiyanto (4I)
Yoel Junior Tom (4I)
Aqilah Qurratu’aini bt Azam Azzi (4J)
Nur Natasha Nabila bt Mohd Jalani (4J)
Siti Nur Jasreena bt Mohd Salim (4J)

Thursday, January 10, 2013

Mesyuarat Agung Kelab dan Persatuan 2013

Satu Mesyuarat Agung dan pengagihan pelajar Tahun 3 untuk Kelab-Kelab dan Persatuan-Persatuan sesi 2013 dijalankan pada pagi 10 Januari, Khamis.  Di antara Kelab/Persatuan yang ditubuhkan oleh SKPI :-
Kelab Pusat Sumber Sekolah
Kelab Bahasa Malaysia
Kelab Sains & Matematik
Kelab Bahasa Inggeris
Kelab Doktor Muda
Kelab Skim Pinjaman Buku Teks
Kelab Tunas Budaya
Kelab Komputer




Wednesday, January 9, 2013

Mesyuarat Agung Unit Uniform 2013

Perlantikan Ahli Jawatankuasa Badan Uniform sekolah telah diadakan pada pagi Rabu, 9 Januari 2013.  Dalam pada itu, turut dijalankan pengagihan murid-murid Tahun 3 dalam Unit Uniform sekolah.  Pasukan Unit Uniform sekolah terdiri daripada :-
~Pasukan Pengakap Kanak-Kanak
~Pasukan Tunas Kadet Remaja
~Persatuan Bulan Sabit Merah
~Pasukan Tunas Puteri
~Pasukan Puteri Islam







Tuesday, January 8, 2013

Mesyuarat Agung Kelab Permainan 2013

Satu perjumpaan Kelab Permainan dan Sukan diadakan pada pagi Selasa, 8 Januari untuk perlantikan AJK Kelab serta pengagihan murid Tahun 3 untuk setiap Kelab.  Di antara kelab permainan & sukan SKPI adalah :-
*Kelab Hoki
*Kelab Bola Sepak
*Kelab Bola Jaring
*Kelab Bola Baling
*Kelab Badminton
*Kelab Ping Pong
*Kelab Sepak Takraw
*Kelab Bola Tampar
*Kelab Rugby