Saturday, February 27, 2016

Program Kesedaran Ibu Bapa

Tarikh : 27 Februari 2016
Program Kesedaran Ibu Bapa 
Tentang Linus, Kelas Pemulihan dan Masalah Pembelajaran

anjuran Unit Pemulihan Khas dengan kerjasama Unit B&K SKPI


-Taklimat tentang Program LINUS & Pemulihan Khas di sekolah
- Pendedahan tentang masalah Pembelajaran kanak-kanak
- Pendedahan tentang kaedah Bahan Bantu Mengajar di rumah








Monday, February 22, 2016

Majlis Perlancaran Program Nilam 2016

Tarikh : 22 Februari 2016
Majlis Perlancaran Program Nilamdan Perlantikan Mentor Nilam.

Majlis Perlancaran Program Nilam SKPI




  

video

Video...klik di atas




Majlis Perlantikan Mentor Nilam














Sunday, February 21, 2016

Mesyuarat Agung PIBG SKPI kali ke 16

Tarikh : 21 Februari 2016
Hari    : Ahad
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke 15














MESYUARAT AGUNG PIBG SK PERMAI INDAH
KALI KE-15
TUJUAN
Mesyuarat tersebut adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara sesama waris dan guru, bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang berkaitan dengan sekolah.

Program seperti ini dapat melahirkan sekolah yang cemerlang dan berkesan untuk faedah semua pihak.

PENGENALAN
Mesyuarat tersebut merupakan salah satu daripada program yang dijalankan di bawah Sarana Ibu Bapa. Program ini dijalankan secara rutin iaitu pada setiap tahun. Sarana ini khas untuk ibu bapa bagi membolehkan ibubapa berkongsi pendapat dan penglibatan bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pembelajaran anak-anak.

Sehubungan dengan itu, penglibatan ibu bapa secara aktif dalam sarana ini diharapakan dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi dan kecermelangan murid dan juga sekolah.

MISI
Meningkatkan penglibatan ibu bapa melalui sumbangan dan bantuan dari pelbagai segi bagi membantu dan menambah usaha pihak sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan murid dalam kebajikan dan kemajuan pelajaran anak-anak selaras dengan dasar kerajaan melalui pengenalan Sarana Ibu Bapa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

MATLAMAT
·        Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid.
·        Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah.
·       Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dan masyarakat setempat.
·        Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

OBJEKTIF
Meningkatkan kerjasama antara ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah dalam menyediakan 6 elemen yang menyokong pembelajaran bagi membantu murid mencapai kecemerlangan holistik.

LAPORAN
Mesyuarat Agung PIBG SK Permai Indah Kali Ke-15 iaitu sesi 2016/2017 berjalan dengan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan. Tepat jam 8.00 pagi, ibubapa telah membuat pendaftaran di lobi sekolah walaupun pada awalnya kehadiran amat kurang pada awal pagi namun ianya bertambah selepas jam 9.00 pagi.

Ceramah Sarana Keibu-Bapaan olehTn. Hj. Zainal Abidin Bin Ismail (YDP PIBG SKPI) telah disampaikan pada hari tersebut sebagai satu acara bagi memeriahkan majlis. Ceramah yang disampaikan amat berguna dan dapat memberikan maklumat lengkap kepada para waris.

Mesyuarat Agung dimulakan dengan bacaan doa, diikuti ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar SK Permai Indah, Tn Hj Abdul Nasir bin Jamaludin, selaku penasihat PIBG dan kemudiannya ucapan perasmian oleh Encik Pauzi bin Haji Omar (Pegawai PPD SPT). Beliau selepas itu merasmikan Mesyuarat Agung kali ke 15 ini.

Seterusnya majlis berhenti rehat untuk semua tetamu termasuk vip, ibu bapa dan guru-guru menjamu selera dengan pelbagai juadah ringkas yang disediakan oleh pihak urusetia majlis. Selesai jamuan ringkas, mesyuarat Agung PIBG kali ke-15 dijalankan.

Mesyuarat Agung dimulakan dengan ucapan ringkas dari YDP PIBG 2015/2016, Tn Hj Zainal Abidin bin Ismail dan seterusnya membentangkan agenda mesyuarat satu per satu. Setelah selesai semua agenda, perbincangan, soal jawab ibu bapa dan Ahli jawatankuasa PIBG 2015/16, dengan rasminya YDP membubarkan ahli jawatankuasa sedia ada dan memberikan laluan kepada Guru Besar SK Permai Indah untuk menjadi Pengerusi majlis. Guru Besar telah mengetuai proses perlantikan Ahli jawatankuasa PIBG bagi sesi 2016/2017 dengan melantik YDP dan NYDP dan seterusnya AJK Ibu bapa dan Guru.

Tn Hj Zainal Abidin bin Ismail sekali lagi diamanahkan untuk menerajui PIBG SK Permai Indah sebagai YDP bagi tahun 2016/2017 yang akan dibantu oleh En Yusrizal bin          sebagai NYDP, En. Mohd Fauzi bin Omar selaku SETIAUSAHA dan Pn Nor Masni binti Maarof selaku BENDAHARI.

Majlis diteruskan dengan perlantikan AJK di kalangan ibu bapa dan juga AJK dari pihak Guru. Gabungan AJK baru dan lama telah dipilih pada kali ini, semoga barisan AJK baru ini menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dapat disempurnakan dengan jayanya. Tahniah!

Dengan perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2016/2017 tersebut, maka sempurnalah Majlis Mesyuarat Agung PIBG SK Permai Indah kali ke-15 ini dan semoga mesyuarat Agung PIBG akan datang lebih meriah dan mendapat sambutan dari kalangan ibu bapa .

Dilaporkan oleh                                    Disahkan oleh

……………………………                    ……………………………………
(Pn. Lim SweeSim)                             (En. Abdul Nasir bin Jamaludin)

Friday, February 5, 2016

Demo Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina SKPI


Tarikh : 5 Februari 2016
Demonstrasi Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina di SKPI















Monday, February 1, 2016

Aktiviti Larian Merentas Desa SKPI - 2016

Tarikh : 30 Januari 2016
KejohananMerentas Desa

Acara Tahunan KoKurikulum sekolah yang melibatkan para pelajar Tahun 3 hingga 6. 
Manakala murid Pra Sekolah, Tahun 1 dan 2 menjalankan aktiviti Mewarna Gaya Hidup Sihat.