Sunday, November 20, 2011

Year End School Holiday 2011

The school holidays will starts from 21st November 2011.  Teacher Lim wishes everyone "HAPPY HOLIDAY".  Dear students, don't forget your books.  If you have time, read more books.

Friday, November 11, 2011

Hari Kanak-Kanak 2011

Sambutan Hari kanak-kanak telah diadakan pada 20-11-2011. 














Thursday, November 10, 2011

Hari BM bersama PSS

PSS telah berganding bahu dengan Panitia Bahasa Melayu untuk menganjurkan Hari BM pada 10 November 2011.  Pelajar Tahun 6 melibatkan diri dalam acara perbahasan yang bertajuk "Kebaikan dan Keburukan "Facebook". 






Friday, November 4, 2011

Aktiviti KM1M 2011

 Rakan Pembaca menggunakan "Big Book"

 Bacaan Kendiri

Thursday, November 3, 2011

KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2011

LAPORAN KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2011 (KM1M 2011) PERINGKAT SEKOLAH



Kem Membaca 1 Malaysia 2011 (KM1M) dan Sambutan Read2011 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Scholastic Malaysia telah berlangsung dari 31 Oktober sehingga 4 November 2011 yang bertemakan “Pembacaan Pemangkin 1 Malaysia”.

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Permai Indah turut serta melaksanakan program tersebut selama 4 hari initu dari 1 – 4 November 2011. Ianya telah melibatkan semua warga sekolah daripada para pelajar, guru serta staf-staf sekolah. Para pelajar SKPI seramai dari Tahun 1-6 serta guru seramai telah menyertai program tersebut.

Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :-

- Bacaan ‘mentor-mentee’


- ‘Read a book a day’


- Bercerita menggunakan ‘Big Book’


- Pertandingan Mewarna Tahap 1


- Acara membaca beramai-ramai di dataran

Acara kemuncak Program KM1M 2011 merupakan acara membaca beramai-ramai yang disertai oleh semua warga sekolah. Para pelajar dan guru melakukan pembacaan secara serentak selama 2011 saat (33.5 minit). Aktiviti Bacaan Beramai-ramai ini dapat memupuk budaya membaca di kalangan murid SKPI dan diharap tabiat dan sifat pembacaan sepanjang hayat dan disemaikan dalam generasi masa kini dan akan datang. Di samping itu, Kem Membaca ini turut menyemai semangat perpaduan berbilang kaum di kalangan murid-murid sekolah. Ianya menyemai konsep ‘kebersamaan dan kekitaan’ yang dapat menjana pemikiran 1Malaysia.

Wednesday, November 2, 2011

Read2011 (KM1M)

Pada 2 November 2011 (Rabu), merupakan detik bersejarah apabila program Program READ2011 sempena Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) berlangsung serentak di seluruh negara. SKPI turut serta melaksanakan program tersebut.

Tak lain, tak bukan, Dataran SKPI telah dijadikan tempat utama pelancaran KM1M1 @ READ2011 di peringkat sekolah. 
Suasana senyap warga sekolah iaitu para guru dan murid bersama-sama melakukan pembacaan serentak.  Masing-masing memegang bahan bacaan dan fokus kepada aktiviti bacaan.  Kesungguhan setiap orang guru serta pelajar dalam aktiviti bacaan selama 33.5 minit atau 2011 saat amat terserlah.... 

Maklumat tambahan tentang Scholastics  












Wednesday, October 12, 2011

Program KH bersama PSS

Satu program "Merekacipta Bahan Terbuang" telah diadakan oleh Panitia Kemahiran Hidup bersama Pusat Sumber pada 11 Oktober 2011.  Aktiviti ini melibatkan semua pelajar Tahun 6.