Wednesday, August 31, 2016

Tuesday, August 30, 2016

Tema & Logo Hari Kebangsaan 2016

SEHATI SEJIWA 
semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum






Semangat Bersatu Padu 



Tema & Logo Hari Kebangsaan 2016

SEHATI SEJIWA 
semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum






Semangat Bersatu Padu 



Tema & Logo Hari Kebangsaan 2016

SEHATI SEJIWA 
semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum






Semangat Bersatu Padu 



Sunday, August 28, 2016

Pemain Hoki Terbaik (MSSM 2016)







































Seorang pelajar SKPI - adik Aina Maisarah M.Zaidi berjaya merangkul anugerah Pemain Hoki Terbaik Katergori Perempuan 12TKB pada Kejohanan Hoki MSSM  pada 16 Ogos 2016.  Tahniah diucapkan. 

Saturday, August 27, 2016

Karnival Amal Jom Makan SKPI -2016

Tarikh : 27 Ogos 2016
Karnival Amal Jom Makan SKPI
Perasmi : Datuk Mohamad Noor Bin Ahmad
                (Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan)







































Klik di atas untuk video




klik atas untuk video

LAPORAN
SK Permai Indah berganding bahu dengan Persatuan ibu Bapa & Guru (PIBG SKPI) telah mengadakan satu Karnival Amal Jom-Makan pada 27 Ogos 2016 jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang di perkarangan sekolah. 

       Karnival ini telah dirasmikan oleh Datuk Mohamad Noor Bin Ahmad iaitu Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan.    

       Objektif Karnival ini adalah bertujuan bagi mengumpul dana Tabung PIBG sekolah. Dana yang dikumpul akan digunakan untuk membaiki kemudahan sekolah seperti tandas, surau dan kelengkapan sukan serta bagi membiayai penganjuran aktiviti berbentuk akademik untuk para pelajar sekolah terutamanya Program Peningkatan UPSR.

       Persiapan telah mula dilakukan beberapa hari sebelum Hari Karnival diadakan. Guru-guru dan para pelajar bekerjasama membantu menghias pentas dan membuat persiapan menyediakan juadah. Pihak sekolah juga memasang khemah yang dilengkapi meja dan kerusi. 

       Para guru, staf-staf serta AJK PIBG bertungkus lumus mempromosikan Karnival dengan menjual kad karnival.  
Penjualan Kad berharga
s           RM10 untuk warga sekolah, para pelajar serta waris
s           RM20 untuk Pegawai Kerajaan
s           RM40 untuk Ahli Koporat

Terdapat juga segelintir penderma yang membeli kad untuk didermakan kepada Anak Yatim/Fakir Miskin untuk hadir ke sekolah untuk menikmati juadah yang disediakan dalam Karnival tersebut.

      Sebanyak 20 gerai yang menjamukan pelbagai juadah seperti nasi ayam masak merah, roti canai, bihun/mee/kuay teow goring, tosei, laksa, mee kuah ketam, bihun sup, roti jala, sengkuang chalit, Pak Tongko, ais kacang, chendol, air berkarnonat dll.

       Sambutan yang diterima daripada ibu bapa serta penduduk sekitar amat memberangsangkan. Mereka mula memenuhi kawasan sekolah seawal jam 10 pagi sehingga tamat Hari Karnival.  Dianggarkan jumlah pengunjung ke Karnival tersebut mencecah hampir 2 ribu orang. 

Di antara aktiviti yang diadakan di samping aktiviti menjamu selera adalah
s           persembahan penyanyi undangan
s           pertunjukan ‘magic show’ (silap mata)
s           pameran Motosikal Berkuasa Tinggi
s           Penjualan buku dan pakaian
s           Permainan ‘Suppa Duppa”

  Hari Karnival tamat pada jam 4.00 petang selepas acara kemuncaknya iaitu cabutan bertuah.


Laporan disediakan oleh                         Disahkan oleh


(Teacher Lim )                                        (En Abdul Nasir b. Jamaludin)
Guru Media dan Perpustakaan               Guru Besar
SK Permai Indah                                     SK Permai Indah

Friday, August 26, 2016

Persediaan Menjelang Karnival Amal Jom Makan SKPI



Karnival Amal Jom Makan SK Permai Indah
Tarikh   : 27 Ogos 
Hari      :Sabtu
Masa    : 11 pagi hingga 4 petang


Cik Noni pergi ke pekan
Beli juadah kuih bahulu
Mari ke karnival Jom Makan
Syaratnya... ...beli kad dahulu

Kuih bahulu juadah orang lama
Rasa satu, nak tambah lagi
Marilah makan sambil menderma
Kad RM10, kalau tak beli ...dah tentu rugi

















Thursday, August 25, 2016

Majlis Bacaan Yassin Sempena UPSR SKPI -2016

Majlis Bacaan Yassin Sempena UPSR-SKPI

Tarikh : 25 Ogos 2016
Masa : 3.40 ptg
Tempat : Masjid Tn Hj Mohd Desa









Ceramah motivasi T5 & T6 - SKPI

Tarikh : 25 Ogos 2016
Tempat : Dewan SKPI








Wednesday, August 24, 2016

Aktiviti Kelab PSS SKPI

Tarikh : 25 Ogos 2016
Tempat : Perkarangan SKPI
Masa  : 2.00 - 3.00 ptg
Aktiviti : Literasi Maklumat - Pantun Teka Teki