Sunday, November 30, 2014

Thursday, November 27, 2014

Permohonan ke Tingkatan 1-2015

http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=cdecb430-38ed-4cfe-9eb7-731bab88f268&groupId=30564









Anak-Anak SKPI Tahun 6 yang cemerlang boleh membuat permohonan ke Tingkatan 1 di MRSM di laman sesawang berikut.


Tingkatan 1 MRSM 2015  *(klik di sini)
Permohonan Atas Talian *(klik di sini) 











Wednesday, November 26, 2014

Tuesday, November 25, 2014

Program RIMUP SKPI-2014

Program RIPUP merupakan satu program yang menggalakkan penglibatan para guru dan kerjasama para pelajar masyarakat setempat dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga serta kepakaran.



Program RIMUP bermatlamat untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

Program RIMUP menggariskan empat objektif iaitu

  • menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, guru, pelajar, ibu bapa dan warga sekolah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama (joint venture)
  • mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong, muhibah secara sedar dan terancang.
  • mehairkan persefahaman dan tolenransi antara murid pelbagai kaum
  • berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama



SK Permai Indah telah berganding bahu dengan dua buah sekolah berdekatan iaitu SJKC True Light dan SK Juara  bagi melaksanakan Program RIMUP di sekolah masing-masing.  

SKPI telah menjadi tuan rumah untuk acara RIMUP Sukanenka.  Manakala SJKC True Light mengadakan acara Kebudayaan-tarian tiga bangsa dan SK Juara pula menjalankan acara sukan iaitu-permainan bowling persahabatan.  




(Klik video di atas)

Monday, November 24, 2014

Lawatan Ke PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2014



GPM SKPI telah menyertai satu lawatan penanda aras ke dua buah Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2014.  
Kedua-dua sekolah tersebut terletak di Negeri Trengganu.


SK Felda Jerangau Barat


SMA Mahmudiah Kuala Berang


Lawatan ini merupakan satu lawatan perkongsian ilmu di antara PSS Pulau Pinang dengan PSS Trengganu.  Berikut adalah dokumentasi bergambar mengenai lawatan yang dijalankan pada 8-10 November. 




*Video Klik di atas


Sunday, November 23, 2014

Festival Nasyid Pulau Pinang-2014

22 November, Pasukan Nasyid SKPI berjaya mara ke pusingan akhir dalam saringan Nasyid Pulau Pinang yang telah berlangsung di SK Seri Permai, Bayan Baru.  Sebanyak 12 buah sekolah telah menyertai pertandingan tesebut.
Tahniah kepada kumpulan Nasyid SKPI serta guru-guru pembimbing, Ust. Shakir, Ustz Azlin Mursyidah, dan Ust. Maryam.



 

Saturday, November 22, 2014

Selamat Bercuti 2014

Cuti persekolahan sesi 2014 akan bermula dari 22 Nov 2014 - 5 Jan 2015.


Para pelajar SKPI adalah diiingatkan supaya meluangkan masa cuti persekolahan ini untuk mengulangkaji pelajaran serta membuat perkara-perkara yang berfaedah.

Sesi persekolahan 2015 akan bermula pada hari Isnin 5 Januari 2015.



Friday, November 21, 2014

Pertukaran Guru SKPI-2014

SKPI bakal kehilangan dua orang guru yang cemerlang.  







Cikgu Razali Othman akan bertukar ke SK Mengkuang.





Cikgu Zulfazila ke SK Bukit Fraser.



Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemain Hoki yang telah mendapat tempat kedua dalam Kejohanan Pembangunan Hoki 11 tkb MSSP Peringkat Negeri (Kategori Perempuan). 






Thursday, November 20, 2014

Jamuan Perpisahan Pelajar Tahun 6

Jamuan Perpisahan Pelajar Tahun 6 telah diadakan pada 19 November.  














PSS mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada pra pelajar Tahun 6 SKPI semoga memperolehi kejayaan yang cemerlang di sekolah menengah.  


Wednesday, November 19, 2014

Kejohanan Hoki 11 tkb Peringkat Negeri 2014

Pasukan Hoki Perempuan SKPI berjaya mendapat Naib Johan dalam Kejohanan hoki 11 TKB Peringkat Negeri yang telah berlangsung di SMK Mutiara Impian pada 19 November.   

Syabas kepada pasukan Hoki SKPI serta jurulatih, Cikgu Zulfazila.

Tuesday, November 18, 2014

Kejohanan Pembangunan Ragbi 11tkb Peringkat Negeri 2014

Kejohanan Pembangunan Ragbi 11 tahun ke bawah Peringkat Negeri -2014 yang telah diadakan di Stadium Jalan Betik pada 18 November.





Pasukan Ragbi Rimau SKPI berjaya mendapat Johan dalam Kategori Plate.  Syabas kepada para pemain ragbi SKPI  seta jurulatih, Cikgu Sopian dan Cikgu Firdaus.


Bakat adik Nur Amira Syahirah


Bakat seorang pelajar SKPI, adik Nur Amirah Syahirah Azizul Abidin dalam bidang muzik.  

Tahniah adik Amirah dan semoga berjaya.

Monday, November 17, 2014

Klinik Ragbi 2014

Kem Pembangunan Ragbi Rimau di bawah 11 tahun yang diadakan di SK Tanah Liat pada 14 November 2014.  

Pasukan Ragbi Rimau SKPI turut menyertai kem tersebut yang diiringi oleh jurulatih, Cikgu Sopian.

Sunday, November 16, 2014

Jamuan Akhir Tahun Guru & Staf SKPI -2014

Syabas kepada jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru & Staf SKPI kerana berjaya menganjurkan satu majlis jamuan akhir tahun yang meriah pada 16 November, bertempat di Hotel Sunway Seberang Jaya.












Saturday, November 15, 2014

Hari Anugerah Cemerlang SKPI 2014

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SKPI telah diadakan pada 15 November 2014 yang telah dirasmikan oleh YDP PIBG, Tn Hj Zainol Abidin bin Ismail.