Wednesday, May 28, 2014

Perlawanan Bola Tampar Hari Guru 2014




Satu Perlawanan Bola Tampar Persahabatan telah diadakan sempena sambutan Hari Guru di antara SK Permai Indah dan SMK Permai Indah.  Pasukan SKPI yang diterajui oleh Tn Guru Besar, En Hasri telah memenangi pertandingan tersebut.   

video



Tuesday, May 27, 2014

Sambutan Hari Guru SKPI 2014

26 Mei
SKPI telah menganjurkan sambutan Hari Guru yang meriah pada tahun ini.

Tema yang dipilih pada tahun ini adalah "Back to School" di mana warga guru memakai baju seragam 'uniform sekolah' pada hari berkenaan.

Ramai guru SKPI kelihatan 'awet muda' dan serupa dengan pelajar-pelajar apabila mengenakan pakaian uniform sekolah.



Beberapa acara telah diadakan sepanjang sambutan tersebut :

  • Perhimpunan Rasmi 
  • Bacaan Teks Ucapan Menteri Pelajaran dan Pengarah Pendidikan
  • Persembahan Nyanyian Lagu "Guru Malaysia" dan "Biarku menjadi Lilin" 
  • Permainan "Tuju Tin" 
  • Persembahan Murid
  • Jamuan Guru

video


video
Video (Klik di video)



Monday, May 26, 2014

Tokoh NILAM SKPI Bulan April


 

Majlis Penganugerah Tokoh NILAM SKPI untuk bulan April telah diadakan pada 26 Mei.  Keputusan adalah berdasarkan data dalam Buku Rekod NILAM para pelajar.


Tokoh-Tokoh NILAM SKPI untuk bulan April

Tahun 1
Muhamad Adam Muazzim bin Hamdan  1 R


Tahun 2
Nur Farahanim binti Mazelan  2R


Tahun 3
Fatin Nuraini binti Muhd Saad   3J



Tahun 4
Nur Aleya Khairini binti Kasmadi   4R



Tahun 5
Devyasree a/p Umapathy   5R




Tahun 6
Parassuraman Pillay a/l Sivaraman   6J










Pertandingan Tokoh NILAM bulanan  --*(klik di sini untuk maklumat lanjut)


Friday, May 23, 2014

Aktiviti Bacaan Yassin bersama Warga Emas

Aktiviti Bacaan Yassin bersama Warga Emas Setempat telah diadakan di dataran SKPI pada Jumaat, 23 Mei 2014.

Sekumpulan warga emas dari kawasan Bukit Minyak telah dijemput hadir ke sekolah untuk mengadakan aktiviti bacaan Yassin bersama para pelajar dan guru SKPI.
Tujuan aktiviti tersebut adalah untuk membudayakan nilai, sikap dan amalan menghormati serta menyayangi warga emas di kalangan para pelajar SKPI.
video
Video (klik di atas)


Tuesday, May 20, 2014

Ceramah Persediaan Awal Remaja -Libresse..it's a Girl's Thing



Ceramah Persediaan Melangkah ke Awal Remaja @ It's a girl thing with Libresse 
telah diadakan pada 20 Mei 2014. Program ini ditaja oleh Syarikat Libresse Malaysia.

Para pelajar perempuan SKPI telah didedahkan dengan pelbagai maklumat-maklumat tentang penjagaan diri dan kesihatan diri.

video
 



Monday, May 19, 2014

Kejohanan Hoki Antara Rumah Sukan SK Permai Indah 2014

Kejohanan Hoki Antara Rumah Sukan SK Permai Indah 2014














Tarikh   : 19 Mei 2014
Tempat : Gelanggang SKPI

Keputusan
Johan           - Rumah Biru
Naib Johan   - Rumah Merah
Ke 3            - Rumah Kuning
Ke 4            - Rumah Hijau
Penjaga Gol Terbaik      - Zaidatul Annisa (rumah Merah)
Pemain Terbaik-Lelaki - Haikal Danial  (rumah Biru)
Pemain Terbaik Perepuan - Nazatul Husna (rumah Kuning)

video


Sunday, May 18, 2014

Pendidikan kunci kejayaan masa hadapan




Pendidikan merupakan kunci kepada kejayaan pada masa hadapan.  

Hanya pendidikan yang mampu menjamin masa depan yang cerah dan mampu membentuk insan yang sempurna dari segi akhlak dan keperibadian mulia.   

Tiada cara mudah untuk mencapai kejayaan selain usaha gigih dan belajar bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa. 




Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru 2014



Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

DEFINISI: GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVAS

  • GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.
  • PENCETUS: Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.
  • KREATIVITI: Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.
  • PENJANA: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.
  • INOVASI: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai.


Sumber 

surat Datuk Dr. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang bertarikh 08 April 2014

Thursday, May 15, 2014

Program Peningkatan Akademik "Cuba Untuk Impak Terunggul" @ CUIT 2014"

Seramai 30 orang pelajar Tahun 6 SK Permai Indah telah menyertai Program Peningkatan Akademik "Cuba Untuk Impak Terunggul" @ CUIT 2014" pada 10 Mei yang lalu.  Program yang dianjurkan oleh Nasmir Holdings Sdn Bhd dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang iaitu Dato' Haji Ahmad Tarmizi Kamaruddin.   



Para pelajar telah menerima sebuah beg sekolah yang mengandungi modul pembelajaran Program "CUIT 2014'.  Para pelajar telah hadir ke Dewan Kolej Vokasional Seberang Perai bersama-sama dengan waris/ibu bapa mereka.  

Wednesday, May 14, 2014

Kami Guru Malaysia

video
Lagu Kami Guru Malaysia 

Sunday, May 11, 2014

Tema Hari Guru

TEMA HARI GURU 2014


 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

TEMA HARI GURU TAHUN-TAHUN LEPAS

2013   Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010   Guru Pembina Negara Bangsa
2009   Guru Pembina Negara Bangsa
2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999   Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998   Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997   Guru Bestari Sekolah Bestari
1996   Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995   Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992   Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991   Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990   Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989   Guru Pembina Budaya Ilmu
1988   Guru Pengasas Budaya Membaca
1987   Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986   Pendidikan Teras Nasionalisme
1985   Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984   Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983   Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982   Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981   Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980   Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979   Murid Sejahtera Negara Jaya
1978   Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977   Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976   Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975   Guru dan Pembangunan Negara
1974   Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973   Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972   Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Sumber diperolehi dari  http://www.moe.gov.my/v/tema-hari-guru

Saturday, May 10, 2014

Selamat Hari Guru SKPI 2014

PSS mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru SKPI.

video



video

Friday, May 9, 2014

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah 

Pengisian markah bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun telah dibuka mulai 28/4/2014 (Isnin).  Para guru boleh 'key in' markah peperiksaan PKSR1 ke Sistem seperti pautan di bawah.

(klik di sini untuk ke pautan SAPs)   ====   SAPs

Para ibu bapa boleh membuat semakan keputusan peperiksaan para pelajar melalui pautan ini.

(Klik di sini ) ======  Semakan SAPs Ibu Bapa


Pertandingan Tokoh NILAM Bulanan 2014



Pertandingan Tokoh NILAM Bulanan sedang dijalankan bermula April.

Para pelajar digalakkan untuk rajin membaca dan seterusnya mencatitkan bacaan ke dalam buku Rekod Nilam.

Hantar Buku Rekod Nilam kepada Teacher Lim atau Guru BM masing-masing.



Maklumat lanjut, klik di sini.  Pertandingan Tokoh NILAM SKPI Bulanan

Thursday, May 8, 2014

Street Art Pulau Pinang

Lukisan Dinding (mural) di sekitar bandar Georgetown, Pulau Pinang telah menjadi satu daya tarikan  perlancongan. 
video

PSS SKPI telah menghasilkan sebuah video mengenai sebahagian daripada hasil mural-mural tersebut.    





Monday, May 5, 2014

PKSR 1 dan PPPP T6

PKSR 1 dan PPPP Tahun 6 dijalankan pada 5 hingga 8 Mei 2014.  


Thursday, May 1, 2014

Literasi Maklumat - Pameran & Kuiz Bahasa Arab SKPI





Satu Aktiviti Literasi Maklumat Bahasa Arab berkonsepkan Pameran Ilmu Bahasa Arab telah diadakan pada 30 April di dewan terbuka SKPI.  Pameran ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Arab. Kuiz, permainan serta pertandingan Bahasa Arab telah dikendalikan oleh guru-guru Bahasa Arab untuk para pelajar Tahun 1-6.

video



Di samping itu, Bacaan Kalimat Arab, Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab, Ujian Teka Silang Kata Imla', Pertandingan Mewarna, Persembahan Persembahan Debat Arab serta Persembahan Qasidah turut diadakan sepanjang minggu tersebut.
Satu ceramah mengenai Kepentingan Bahasa Arab akan diadakan pada hari Kemuncak @ 2 Mei.

Mabrook...... kepada Panitia Bahasa Arab SKPI @ Ustazah Azlin Mursyidah