Sunday, August 31, 2014

Hari Kemerdekaan ke 57

Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-57 pada hari ini.  

Di sini lahirnya sebuah cinta merupakan tema pada tahun ini.  Ianya dipetik daripada sebaris lirik lagu bertajuk Warisan nyanyian seorang penyanyi terkenal -Sudirman Hj Arshad .


Tema yang membawa maksud melahirkan semangat cinta yang mendalam terhadap negara di dalam hati setiap rakyat Malaysia


Saturday, August 30, 2014

Buku-Buku Fiksyen Tahap 1

Satu set buku fiksyen yang mengandungi font huruf bersaiz besar telah disediakan di ruang santai PSS untuk para pelajar Tahap 1.  Set ini terdiri daripada 72 buah buku, 24 judul.   


Para guru BM Tahun 1-3 boleh menggunakan buku-buku tersebut pada waktu perpustakaan untuk menjalankan aktiviti Bacaan Nilam.
Buku-buku ini mempunyai jalan cerita yang mudah serta menarik.  Ianya tidak mengandungi terlalu banyak perkataan yang sukar difahami.   



Illustrasi gambar yang menarik 


Sukukata yang berwarna

Thursday, August 28, 2014

Kejohanan Persahabatan Ragbi Rimau


SK Permai  Indah telah menganjurkan satu Kejohanan Persahabatan Ragbi Rimau (11 TKB) di padang padang SKPI pada 28 Ogos.  Sebanyak lapan buah sekolah di sekitar Bukit Mertajam telah menyertai perlawanan tersebut.















Keputusan
SK Permai Indah  (0) vs SK Seri Impian (5)
SK Permai Indah (0) vs SK Sg Batu (5)
SKPermai IndahI (10) vs SK Pauh Jaya (5)


# SK Permai Indah berjaya mendapat tempat ketiga (kumpulan)  tetapi tidak layak masuk ke  
peringkat semi final.  


Johan          - SK Pokok Sena
Naib Johan - SK Tanah Liat


Pasukan Ragbi Rimau SK Permai Indah bersama pengurus pasukan Cikgu Sopian

Wednesday, August 27, 2014

Mesyuarat AJK PIBG SKPI ke-3

Mesyuarat AJK PIBG SK Permai Indah ke-3, telah diadakan pada 27 Ogos pada 5.00 ptg. Ianya dipengerusikan oleh YDP PIBG, Tn Hj Zainol Abidin bin Ismail.  


Tuesday, August 26, 2014

Project Literasi Maklumat - Sejarah Tahun 5


Model Petempatan Zaman Prasejarah yang terdiri daripada Zaman Paleolotik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam.









Sunday, August 24, 2014

Buku Fiksyen Bahasa Inggeris Level 1-3

Satu set buku fiksyen Bahasa Inggeris yang sesuai untuk murid Tahap 1 yang terdiri daripada 3 tahap (level) terbitan Longman.  



Set ini terdiri daripada 30 buah buku.








Saturday, August 23, 2014

Buku Karya Agung

PSS SKPI menyediakan satu sudut yang menempatkan buku karya agung.  





Buku-buku ini dikarang oleh penulis tanahair terkenal seperti S. Othman Kelantan, Khadijah Hashim, Abdullah Hussain dan Noordin Hassan.  Buku-buku ini adalah sesuai untuk bacaan para guru serta para pelajar Tahun 5 dan 6.  

Friday, August 22, 2014

Hari Berkabung MH17 di SKPI

22 Ogos, diisytiharkan sebagai Hari Berkabung bagi memperingati mangsa Tragedi MH17.   Pada hari tersebut, seluruh negara Malaysia sama-sama menyambut kepulangan jenazah nahas MH17 yang berlaku pada 17 Julai.


SKPI turut mengibarkan bendera separuh tiang serta para guru berpakaian suram. 
Seluruh warga sekolah memberi tanda penghormatan selama seminit pada pukul 10.55 pagi.  

Thursday, August 21, 2014

Buku-Buku Sastera

Buku-buku sastera ditempatkan di rak 800 SASTERA.  Berikut merupakan sebahagian daripada buku-buku sastera yang sesuai untuk sekolah rendah.   Buku-buku ini adalah buku-buku baru yang telah diproses pada tahun 2014.