Showing posts with label AKTIVITI SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI SEKOLAH. Show all posts

Sunday, June 30, 2019

Logo Sekolah SKPI





MAKSUD WARNA

Kuning
Melambangkan sekolah ke arah kecemerlangan sebagai institusi pendidikan yang bersih, taat, beragama dan disanjung tinggi oleh setiap warga sekolah dan masyarakat.   

Biru
Melambangkan budaya sekolah yang cemerlang dalam semua aspek berlandaskan tatasusila hidup.

Merah
Melambangkan daya tahan tingi yang perlu ada dalam menghadapi cabaran hidup.



PENGERTIAN IMEJ

Buku
– Buku sebagai asas bahan pengajaran dan pembelajaran.
– Buku sebagai sumber ilmu

Komputer
– Lambang Sains dan Teknologi yang menjadi teras Wawasan Pendidikan.
– Komputer sebagai asas kepada alaf baru di mana sekolah-sekolah akan menjadi Sekolah Bestari.

Parabola
- Warga sekolah sentiasa bersedia menerima maklumat yang tepat dan terkini.
- Ilmu ditimba dari pelbagai sumber.




Friday, June 28, 2019

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2019

Tarikh : 28 Jun 2019
Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 

Semua warga SKPI telah meraikan sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Sekolah pada Jumaat 28, Jun.  Majlis disertai oleh semua guru dan kakitangan SK Permai Indah, para pelajar Pra Sekolah, Tahun 1 - 6 dan turut dimeriahkan oleh beberapa orang bekas pelajar sekolah ini.  

Majlis bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.10 tengah hari.  Antara program yang diadakan adalah acara persembahan murid-murid dan jamuan makan semua murid secara serentak.  Makanan adalah ditaja oleh para waris, serta pihak PIBG sekolah.  Pelbagai juadah dan kuih muih disediakan untuk dijamukan kepada murid-murid.    




Laporan Bergambar




























Friday, May 24, 2019

Pemberian Duit Raya Peringkat Sekolah

Tarikh : 24 Mei 2019
Pemberian Duit Raya kepada Murid SKPI 


Pada Jumaat 24 Mei, telah diadakan satu majlis ringkas Pemberian Duit Raya kepada murid-murid SK Permai Indah.  Majlis berlangsung di dewan yang berjalan dengan lancar.  

Laporan Bergambar





Majlis Khatam Al-Quran SKPI

Tarikh : 24 Mei 2019
Majlis Khatam Al-Quran SK Permai Indah
Tempat : Dewan Sekolah

 Laporan Bergambar