Thursday, November 7, 2013

PraSekolah SKPI bersama MarryBrown

Pra Sekolah SK Permai Indah yang terdiri daripada Pra Ceria, Pra Indah dan Pra Permai telah menganjurkan satu majlis Hari Jadi untuk adik-adik yang kelahiran bulan Julai-Disember pada 7 Nov. Para pelajar Pra telah disajikan dengan aktiviti yang dibawa khas oleh pihak MarryBrown. Penampilan maskot Marrybrown iaitu Chipmunk amat digemari oleh adik-adik prasekolah.
 
                                                                   ()  

MarryBrown bersama Pra Sekolah SKPI       (Video Klik Di Sini)

Monday, November 4, 2013

Kejohanan Sepak Takraw MSSPP Zon Bukit Mertajam 11 TKB

Kejohanan Sepak Takraw MSSPP Bawah 11 thn Peringkat Zon Bukit Mertajam telah diadakan pada penghujung bulan Oktober yang lalu. Ianya merupakan satu usaha bagi mencungkil bakat serta membuat persiapan awal untuk menghadapi Kejohanan MSSPP pada tahun hadapan, 2014. Pasukan Sepak Takraw SKPI telah berjaya meraih tempat yang ke tiga dalam kejohanan tersebut.




Sunday, November 3, 2013

Demonstrasi Mencegah Kebakaran Bomba bersama SKPI


Pada 29 Okt, SKPI telah menjemput Paskan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk mengadakan satu ceramah Pencegahan Kebakaran kepada para pelajar Tahun 6. Demonstrasi kebakaran dan cara mencegah serta mematikan api yang sedang marak menyala telah diadakan di gelanggang sepak takraw. Beberapa tips telah diberikab kepada pelajar-pelajar sebelum melakukan aktiviti memadam api. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Bomba Bukit Mertajam diatas kerjasama yang diberikan.




Friday, November 1, 2013

Selamat Menyambut Hari Deepavali

PSS SKPI mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali Pesta Cahaya kepada semua guru serta murid yang beragama Hindu.