Thursday, January 22, 2015

Pertandingan Mewarna Poster Sambutan Maulidul Rasul SKPI

Pertandingan mewarna Sambutan Maulidul Rasul dan Pendikan Moral telah dijalankan serentak satu sekolah pada 22 Januari.  









Monday, January 19, 2015

Majlis Penyampaian Watikah Leftenan Muda untuk Guru-Guru SKPI

Satu majlis Penyampaian Watikah Leftenan Muda untuk para guru SKPI telah diadakan pada pagi 19 Januari 2015.  Watikah telah disampaikan oleh Inspektor Mohamad Ilias bin Jamaludin (Ketua Polis Balai Bukit Mertajam)








video
Klik video di atas

Friday, January 16, 2015

Program Transisi Tahun 1

12-16 Januari 2015
Program Transisi Murid Tahun 1 SKPI berakhir hari ini.  Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang seminggu bagi menyesuaikan murid-murid Tahun 1 ke alam persekolahan. 











Peringatan
Mulai minggu hadapan, murid-murid Tahun 1 akan mula sesi pembelajaran mengikut sukatan yang telah dirancangkan oleh KPM sama seperti semua murid-murid Tahun 1 di seluruh negara. 

Buku Teks telahpun diedarkan kepada semua pelajar Tahun 1 SKPI pada hari Khamis. Pihak sekolah mengharapkan kerjasama daripada para waris untuk membalut buku-buku teks tersebut 

Para waris adalah dingatkan untuk menyediakan buku rampaian (tulis) dan peralatan tulis untuk anak-anak bagi melicinkan pengajaran guru-guru di kelas.  
Sila pastikan buku-buku pelajaran dibawa ke sekolah mengikut jadual waktu.  

Thursday, January 15, 2015

Lawatan Pemantauan Pusat Sumber/Makmal Komputer Sekolah - BTPNPP dan PKG

Lawatan Pemantauan Sekolah darpada tiga orang pegawai dari PKG dan BTPNPP ke SKPI pada 14 Januari 2015.  Mereka membuat pemantauan ke atas Makmal Komputer, Pusat Akses dan Pusat Sumber Sekolah.  


En Ahmad Fauzi bin Romani - Pegawai Teknologi Pendidikan, UPICT, BTPNPP 
En Muhammad Zaim Bin Adam - Penyelaras PKG Alma
Pn Rohana bt Yob - Penyelaras PKG Bukit Mertajam


Wednesday, January 14, 2015

Lawatan Ke Van Perpustakaan Bergerak - Murid Tahun Satu


Para pelajar Tahun 1 berpeluang berkunjung ke van perpustakaan bergerak pada hari ini. 






Adik-adik Tahun 1 mendapat pengalaman baru membuat aktiviti bacaan di dalam van yang penuh dengan pelbagai bahan bacaan. 

Memandangkan ruang bacaan van ini agak sempit, yang hanya dapat menampung pengunjung seramai 12-15 orang setiap sesi, maka para pelajar tahun 1 melawat van ini secara berkumpulan.  

Van Perpustakaan Bergerak ini akan berada di perkarangan SKPI pada selang setiap hari Rabu.  Para pelajar SKPI boleh meminjam buku-buku dari sini.  

Permohonan kad pinjaman adalah percuma.  Para pelajar yang ingin menjadi ahli, boleh hantar satu salinan surat lahir kepada Teacher Lim. 

Tuesday, January 13, 2015

Proses Pengagihan Wang Bantuan Persekolahan 2015-SKPI

Pengagihan wang bantuan persekolahan sebanyak RM100 bagi setiap seorang murid SKPI telah dilaksanakan pada 13 Januari 2015.  Proses agihan yang bermula sekitar jam 11.30 pagi telah berjalan dengan lancar.  

Bagi sebilangan kecil ibu bapa/waris yang tidak berkesempatan untuk hadir ke sekolah pagi tadi boleh mendapatkan wang tersebut dari pejabat sekolah pada waktu pejabat esok.   



Monday, January 12, 2015

Pengumuman Agihan Bantuan Awal Persekolahan SKPI 2015



Bantuan awal persekolahan bernilai RM100 seorang yang diumumkan menerusi Bajet 2015  
akan diagihkan kepada para pelajar SK Permai Indah pada 
13 Januari 2015 bermula jam 11.30 pagi

Tempat penyerahan adalah di bilik darjah masing-masing melalui guru kelas.

Objektif bantuan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.  Syarat kelayakan penerimaan bantuan adalah pelajar mesti berstatus warganegara Malaysia.

Hari Pertama Sesi Persekolahan Tahun 2015

Hari ini 12 Januari, bermulalah sesi persekolahan bagi Tahun 2015. 
Warga pendidik SK Permai Indah  mengucapkan Selamat Kembali Ke Sekolah kepada semua murid-murid yang disayangi.
Di SK Permai Indah, seramai  775 orang murid dan  71orang guru telah memulakan sesi persekolahan pada hari ini.
Pelajar baru dari Tahun 1 dan Pra Sekolah turut memulakan alam persekolahan pada hari ini.  
PSS SKPI mengucapkan Selamat Mengharungi Dunia Persekolahan.


Selamat Kembali Ke Sekolah-2015


Saturday, January 3, 2015

Salam Maulid al-Nabi

PSS mengucapkan Salam Maulid al-Nabi kepada para guru serta murid SKPI.