Saturday, May 19, 2012

LDP SKPI

Latihan Dalam Perkhidmatan Kali ke-4 SKPI diadakan pada 19 Mei.  Tajuk - " Disiplin Keguruan Untuk Melahirkan Guru Inovatif " yang telah disampaikan oleh penceramah Tn Hj Zainol Abidin bin Ismail.

Untuk sesi seterusnya, En. Helmi telah memberikan satu taklimat ringkas mengenai e-SPLG [Sistem Pengurusan Latihan Guru]. 

 

Wednesday, May 16, 2012

Hari Guru 2012

Pada 16 Mei 2012, Rabu, Sekolah Kebangsaan Permai Indah telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Semua murid dan guru-guru terlibat dalam majlis tersebut. Ianya diadakan di dataran sekolah dan dewan terbuka. Majlis disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG iaitu Tuan Hj Zainol Abidin bin Ismail.


Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai jasa guru yang telah bertungkus lumus mengajar serta mendidik para pelajar SKPI sehingga Berjaya. Seperti kata pepatah, “Jika tiada guru, tiadalah doktor angkasawan dan lain-lain manusia yang berjaya.

Semua warga sekolah SKPI tiba di sekolah dengan perasaan yang gembira. Suasana pada hari tersebut sungguh meriah. Para pelajar telah menghadiahkan pelbagai bentuk hadiah kepada guru-guru masing-masing.

Acara Sukaneka dan persembahan guru diadakan dan telah berjalan dengan lancar. Dalam pada itu, murid-murid telah mengadakan pelbagai persembahan seperti nyanyian koir, nasyid dan sketsa untuk menghiburkan guru-guru tersayang. Satu jamuan makan ringkas telah diadakan untuk meraikan Hari Guru.

Majlis berakhir dengan acara penyampaian hadiah.







SELAMAT HARI GURU

Monday, May 14, 2012

Kejohanan Bola Baling MSSPP

Kejohanan Bola Baling MSSPP 2012
berlangsung di SK Juru pada 8-9 Mei 2012

Pasukan Perempuan SKPI - Johan
Pasukan Lelaki SKPI - Tempat Ketiga



Thursday, May 10, 2012

Thursday, May 3, 2012

Taklimat Program Susu 1-Malaysia

Satu taklimat ringkas tentang Program Susu 1 Msia telah diadakan untuk para pelajar SK Permai Indah pada 3 Mei.  Wakil daripada Syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad telah menerangkan kepentingan serta khasiat susu untuk tumbesaran kanak-kanak.  Beliau turut menjelaskan teknik mengenali susu yang baik iaitu teliti fizikal kotak susu serta tarikh luputnya.  Cara membuka kotak dan straw turut diterangkan. Kotak susus perlu digoncang sebelum diminum.  Para pelajar diwajibkan untuk menghabiskan kesemua susu dalam masa tersebut.  Menghirup susu secara perlahan dan duduk sebentar selepas selesai minum untuk memudahkan penghadaman. 









Tuesday, May 1, 2012

Pusat Sains Negara bersama PSS

Satu Program PSS bersama Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara telah diadakan pada 30 April.  Para pelajar Tahap 2 telah berpeluang menyaksikan demonstrasi Sains yang telah dipertunjukan oleh pegawai-pegawai dari Pusat Sains.