Saturday, October 27, 2018

Perkhemahan Bersepadu Pasukan Badan Beruniform SK Permai Indah

Tarikh :27 Oktober 2018
Perkhemahan Bersepadu Pasukan Badan Beruniform Peringkat Sekolah











NAMA PROGRAM : Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform
TARIKH                   : 27 Oktober 2018
MASA                        : 8.00 pagi – 2 petang
TEMPAT                   : Perkarangan Sekolah
PESERTA                : 100 orang pelajar

PENGENALAN
Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial.

Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal.

Tujuan perkhemahan ini diadakan ialah untuk memupuk semangat, disiplin serta jati diri yang kental dikalangan pelajar.  Selain daripada itu ia juga dapat mewujudkan pelajar yang bersahsiah tinggi dan mempunyai daya kepimpinan yang menyerlah di samping dapat memotivasikan pelajar ke arah kejayaan dan daya juang yang tinggi.  Ia juga dapat menyemai semangat setia kawan, kerjasama dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang berwawasan serta dapat mengeratkan hubungan mesra antara guru dan murid. 

MATLAMAT
Antara matlamat program adalah :

  •             Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-sama rakan dan jurulatih.
  •             Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari disekolah bersama-sama unit masing-masing di dalam hutan.
  •             Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
  •             Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktivti yang berfaedah.
  •             Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.
  •             Menanam sifat ingin berdikari dalam kahidupan seharian dan berfikiran matang.

LAPORAN

Aktiviti perkhemahan ini telah berjalan dengan lancarnya dari awal hingga akhir dengan disertai oleh 5 badan beruniform iaitu Persatuan Pengakap, Pandu Puteri Tunas, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam dan Persatuan Bulan Sabit Merah bersama guru penasihat masing-masing.

Bilangan Penyertaan
Pasukan badan beruniform yang melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan ini ialah:
Pandu Puteri Tunas                          20 orang
Pengakap                                          20 orang
Puteri Islam                                       20 orang
Tunas Kadet Remaja Sekolah          20 orang
Persatuan Bulan Sabit merah           20 orang

Perkhemahan ini diadakan di perkarangan Sekolah Kebangsaan Permai Indah. 

Semua peserta telah mendaftarkan diri di kaunter yang disediakan seawal 7.30 pagi. 

Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul mengikut unit masing-masing di dataran sekolah. Taklimat diberikan oleh guru mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan aktiviti perkhemahan ini. 

Aktiviti-aktiviti yang diadakan :

  • Memasang khemah
  • Perbarisan dan kawad kaki
  • Ikatan dan Simpulan (tindih kasih, buku sila)
  • Bantu Mula – anduh, balutan kepala & tangan


KESIMPULAN 
Aktiviti Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform ini telah memberikan banyak manfaat dan pengalaman berguna kepada semua peserta.  Dengan semangat dan kepercayaan, program ini telah mencapai objektifnya. Perkhemahan ini telah memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka. Di samping menimba pengalaman, perkhemahan ini telah mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru.


LAPORAN BERGAMBAR

1) Sesi Pendaftaran
























2) Berkumpul, Bacaan Doa & Taklimat 'House-Keeping'





























Sesi 1 - Mendirikan Khemah






















































Sesi 2 - Kawad Kaki & Masuk Baris








Sesi 3 - Ikatan & Simpulan





































Sesi 4 - Bantu Mula

















Kudapan dan Makan Tengahari






















Majlis Penutup