Thursday, October 31, 2013

Laporan KM1M SKPI 2013

Kem Membaca 1-Malaysia SK Permai Indah (Video- KLIK di sini)KM1M SKPI 2013

Wednesday, October 30, 2013

Kem Membaca 1 Msia SKPI 2013















Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) atau Kempen READ : ONE NATION READING TOGETHER merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Ianya merupakan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malysia (KPM) dan Scholastic Malaysia yang bertujuan membina amalan membaca di kalangan murid sekolah. SKPI turut menjalankan Program Kem Membaca 1-Msia pada 30 Oktober. Tepat jam 8.00 pagi, kesemua warga sekolah yang merangkumi para guru, murid Prasekolah sehingga ke Tahun 6, staf sokongan serta pekerja sekolah berkumpul di dewan untuk sama-sama membaca buku selama 2013 saat atau 33.55 minit.


Tuesday, October 29, 2013

Kejohanan Hoki Piala Dewan UPSI ke-8

Tarikh 24-26 Oktober 2013, Pasukan Hoki Perempuan SKPI berjaya meraih tempat Naib Johan dalam Kejohanan Hoki Dewan UPSI kali ke8 yang bertempat di Kampus Sultan Idris UPSI Tanjong Malim, Perak.





Monday, October 28, 2013

Pertandingan Bola Sepak Zon BM 2013

Pasukan Bola Sepak SKPI berjaya menjadi JOHAN dalam Pertandingan Bola Sepak MSSPP Zon Bukit Mertajam 11 TKB yang diadakan sepanjang 21-23 Oktober baru-baru ini. Dalam pada itu, pemain SKPI iaitu Mohd Lutfil Hadi b. Zaini turut mendapat anugerah Penjaring Terbanyak manakala adik Mibburahman b. Ahmad Zaki meraih gelaran Pemain Terbaik.







Saturday, October 26, 2013

Perkhemahan & Rekreasithon 2013

Perkhemahan Pasukan Unit Beruniform telah diadakan pada 25-26 Oktober yang dijalankan serentak dengan Hari Rekreaksithon SKPI anjuran PIBG bersama SKPI. Perkhemahan dan Rekreasithon SKPI 2013 (Video Klik di sini)

Friday, October 25, 2013

Penghasilan "Roket Air" SKPI

Panitia Sains telah menjalankan satu aktiviti merekacipta ‘Water Rocket” dengan para pelajar Tahun 6. Dalam program ini, pelajar dikehendaki mencipta roket air yang sempurna dengan berasaskan botol minuman berkarbonat 1.5 liter. Para pelajar menggunakan kreativiti serta pengetahuan asas Sains dalam meminimumkan daya geseran dan tekanan udara untuk melancarkan roket mereka. Aktiviti ini menguji kemahiran serta pemahaman para pelajar dalam aplikasi sains lalu diterjemahkan kepada penghasilan roket tersebut. Setelah berjaya dihasilkan roket air, para pelajar berpeluang untuk melancarkan roket-roket ciptaan mereka ke udara.