Saturday, February 26, 2011

Mesyuarat Agung PIBG ke 9 (Laporan)

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 9 telah berjalan dengan lancar pada pagi ini.  Ianya dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Tengah iaitu Tuan Haji Mohd Zaki bin Haji Harun.

Ucapan Aluan Guru Besar, Pn Hjh Sepiah Md Isa


Ucapan Yang Dipertua PIBG, Tn Hj Zainol Abidin bin Ismail


Ucapan Perasmian Pegawai PPD Tengah, Tn Hj Mohd Zaki b Hj Harun  






AJK Makanan   


 Nasi Lemak untuk para tetamu    


    
AJK Pendaftaran
AJK Siaraya
Perbentangan Usul..
                                                                         Senarai Ahli Jawatankuasa yang baru

Friday, February 25, 2011

Sambutan Maulidul Rasul 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H peringkat sekolah telah diadakan pada 25 Februari 2011. Semua murid-murid Islam adalah terlibat secara langsung dengan program yang dirancangkan oleh Panitia Agama Islam. Manakala murid-murid bukan Islam menjalani aktiviti-aktiviti dibawa pengelolaan Panitia Moral.





















Thursday, February 24, 2011

Mesyurat Agung PIBG ke-9

Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2009/2010 akan dibubarkan untuk Perlantikan barisan AJK baru pada Mesyuarat Agung Kali ke 9.  Sekolah SKPI amat berharap agar mesyuarat ini dapat mempamerkan lebih banyak muka-muka baru yang mampu bekerjasama sertaterus berjuang demi untuk kebaikan murid-murid sekolah ini.  PIBG merupakan tulang belakang dalam membantu pihak sekolah dalam urusan mendidik murid-murid kearah kejayaan. 

Diharap semua ibu bapa dan waris kepada para pelajar Sekolah Kebangsaan Permai Indah dapat meluangkan masa untuk menghadiri mesyurat ini supaya ianya dapat dijalankan dengan licin. 


Butiran mengenai Mesyuarat Agung SKPI kali ke ~9
Tarikh     :  26 Februari 2011
Tempat   :  8.30 pagi
Masa       :  Dewan Sekolah

Monday, February 21, 2011

Ujian Kemajuan 1

Para pelajar Tahun 1-5 bakal menduduki Ujian Kemajuan 1 bakal pada 22~24 Februari 2011. Teacher Lim mengucapkan "Selamat Maju Jaya".



Friday, February 18, 2011

Laporan Kursus Jati Diri Pengawas PSS 2011

LAPORAN KURSUS JATI DIRI DAN KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH / PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAHSESI 2011


Pada 16 Februari 2011 yang lalu, Jawatankuasa Badan Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Permai Indah telah menganjurkan satu kursus kepimpinan untuk Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber sekolah. Kursus yang bertajuk ‘Kursus Jati Diri Dan Kepimpinan’ itu telah diadakan di Makmal Sains 2 bermula pada pukul 2.45 petang sehingga 5.30 petang dan dirasmikan oleh Penolong Kanan HEM, Puan Mazliyana bt Ahmad.

Tujuan kursus itu dianjurkan adalah untuk meningkatkan daya kepimpinan dan kefahaman peserta tentang tanggungjawab sebagai seorang Pengawas / Pengawas Pusat Sumber sekolah. Kursus tersebut telah disertai seramai 46 Pengawas sekolah dan 31 Pengawas Pusat Sumber sekolah dan dikendalikan oleh seorang kaunselor sekolah yang berpengalaman iaitu En. Annuar b. Hamid.

Semasa kursus berlansung, penceramah telah menerangkan pelbagai perkara tentang bagaimana untuk menjadi seorang pengawas yang mempunyai peribadi yang mulia dan bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang diberikan pihak sekolah. Semua peserta memberikan perhatian penuh dan berminat mengikuti aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh penceramah.

Sebagai tanda penghargaan kepada penceramah, pihak sekolah telah memberikan cenderahati kepada En. Annuar b. Hamid di atas kesudian beliau untuk mengendalikan kursus dan memberikan yang terbaik untuk Pengawas/Pengawas Pusat Sumber Sekolah Kangsaan Permai Indah.

Thursday, February 17, 2011

Kursus Jati Diri dan Kepimpinan Pengawas PSS

Pada petang 16 Februari 2011, suatu kursus telah diadakan untuk barisan pengawas sekolah dan pengawas PSS.  Kursus tersebut bertajuk "Jati Diri & Kepimpinan Pengawas".  Seramai 46 pengawas sekolah dan 31 pengawas PSS telah mengikuti kursus itu.  Penceramah jemputan merupakan seorang kaunselor sekolah yang berpengalaman, En. Annuar b. Hamid. 









Tepat jam 5.45 ptg, sempurna sudah kursus kepimpinan, maka diharap semua pengawas SKPI mendapat manfaat daripada penceramah tadi.

Wednesday, February 2, 2011

Majlis Perlantikan Pengawas PSS









Perlantikan Pengawas PSS 2011 di tapak perhimpunan pada 17 Januari 2011.

Tuesday, February 1, 2011

List of 2011 Librarians

Librarians of 2011

Izatul Zamira bt Hasmadi 6R
Nur Elia Natasha bt Syukri 5R
Nur Hazmira bt Zainal Abidin 6R
Nurul Najihah bt Roslan 6I
Norul Hafiza bt Ahmad 6R
Nurhidayati bt Mohd Ghazali 6I
Wan Nur Dalili Dayana bt Wan Rosmadi 6R
Nurul Hasyida bt Hushin 6J
Nur Fatin Aliaa bt Dzulkifli 6J
Siti Nur Aqilah Syafiqah bt Muhd Airwan 6J
Nur Alia Syafika bt Mohamad Ali 5R
Siti Nur Aisyah bt Hamidi 5R
Nur Aqilah bt A. Rodzi 5J
Nor Afrina Alya bt Mohd Kamal 5I
Amira Zulaika bt Abd Halim 5J
Nur’Aini Natasya bt Rosle 5R
Nur Farahin bt Mohd Noor 5C
Aida Afrina bt Hasnizam 4R
Zarieth Alia Syafiqah bt Mohd Rafie 4R
Siti Nur Izzati bt Ahmad Rosli 4R
Akphiraq Sriphakdee al Chainarang 4R
Nuraidatul Akmar bt Asraf Affendy 4I
Nurul Dayana bt Mohd Irwan Shah 4I
Noor Athirah bt Azaman 4I
Wafiqah bt Razali 4I
Nurul Husna Syabani bt Helmy 4I
Nur Syamirah Sakinah bt Fauzelinizam 4J
Siti Nurul Aisyah bt Wahab 4J
Nurul Atikah bt Azmi 4J
Nurul Fadhilah bt Abdullah 4A