Friday, February 18, 2011

Laporan Kursus Jati Diri Pengawas PSS 2011

LAPORAN KURSUS JATI DIRI DAN KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH / PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAHSESI 2011


Pada 16 Februari 2011 yang lalu, Jawatankuasa Badan Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Permai Indah telah menganjurkan satu kursus kepimpinan untuk Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber sekolah. Kursus yang bertajuk ‘Kursus Jati Diri Dan Kepimpinan’ itu telah diadakan di Makmal Sains 2 bermula pada pukul 2.45 petang sehingga 5.30 petang dan dirasmikan oleh Penolong Kanan HEM, Puan Mazliyana bt Ahmad.

Tujuan kursus itu dianjurkan adalah untuk meningkatkan daya kepimpinan dan kefahaman peserta tentang tanggungjawab sebagai seorang Pengawas / Pengawas Pusat Sumber sekolah. Kursus tersebut telah disertai seramai 46 Pengawas sekolah dan 31 Pengawas Pusat Sumber sekolah dan dikendalikan oleh seorang kaunselor sekolah yang berpengalaman iaitu En. Annuar b. Hamid.

Semasa kursus berlansung, penceramah telah menerangkan pelbagai perkara tentang bagaimana untuk menjadi seorang pengawas yang mempunyai peribadi yang mulia dan bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang diberikan pihak sekolah. Semua peserta memberikan perhatian penuh dan berminat mengikuti aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh penceramah.

Sebagai tanda penghargaan kepada penceramah, pihak sekolah telah memberikan cenderahati kepada En. Annuar b. Hamid di atas kesudian beliau untuk mengendalikan kursus dan memberikan yang terbaik untuk Pengawas/Pengawas Pusat Sumber Sekolah Kangsaan Permai Indah.

No comments:

Post a Comment