Monday, June 30, 2014

Tokoh NILAM SKPI Bulan Mei

Para Pemenang Bacaan Terbanyak Bulan Mei

TAHUN 6
Muhammad Syahmi Haziq bin Mohd Fahmi (6J)















TAHUN 5
Nurul Asyiqin binti Shamsul (5R)











TAHUN 4
Nurul Husna Adilah binti Mohd Saad  (4A)















TAHUN 3
Muhammad Adam Harris bin Nasrul (3J)















TAHUN 2
Nur Rabiatul Adawiyah binti Mohd Nazri (2I)














TAHUN 1
Muhammad Habil bin Halid (1R)















Membaca Jambatan Ilmu

Sunday, June 29, 2014

PSS SKPI banjir

Perpustakaan SKPI sekali lagi dibanjiri air akibat daripada kebocoran paip yang terletak di bumbung. 

Titisan air menjadi deras pada hari minggu akibat tekanan air tinggi telah membasahi sebahagian besar ruang santai bacaan.





Tiga buah rak pameran bercermin yang terletak tepat di atas paip retak telah mengalami kerosakan yang serius.  

Lantai ruang santai turut dibasahi air.  Air yang bertakung telah mengalir masuk ke bilik stor simpanan buku. Mujurlah, buku-buku baru tidak terjejas kerana ditempatkan di kawasan tinggi.  



Ruang bacaan ini akan ditutup buat sementara waktu untuk diselenggara.   




Saturday, June 28, 2014

Selamat Berpuasa


PSS SK Permai Indah mengucapkan "Selamat Berpuasa" kepada semua Guru serta murid SKPI yang menyambut Bulan Ramadhan.  

Friday, June 27, 2014

Majlis Perjumpaan Waris-Guru SKPI


Majlis Perjumpaan Waris dengan Guru SKPI telah diadakan pada 27 Jun.  
Para ibu bapa dan waris hadir ke sekolah untuk berjumpa dengan guru bagi mendapat gambaran mengenai perkembangan prestasi akademik anak-anak mereka di sekolah.  



Sesi perjumpaan ini membolehkan para ibu bapa membincang dengan guru tentang masalah anak-anak dan cara/teknik yang dapat merangsangkan peningkatan pelajaran anak-anak mereka. 


Thursday, June 26, 2014

Latihan Kecemasan Kebakaran SKPI

26 Jun, satu sesi Latihan Kecemasan Kebakaran telah diadakan di SKPI.

Pada pukul 9.00 pagi, loceng dibunyikan berterusnya selama beberapa minit sebagai tanda amaran kecemasan kepada para pelajar, guru-guru serta warga sekolah.

Para pelajar berbaris mengikut kelas, sementara guru kelas menyemak Buku Jadual Kedatangan untuk memastikan tiada pelajar yang tertinggal.



Tujuan Latihan Kecemasan Kebakaran ini adalah untuk 
  • memberi pendedahan serta membiasakan warga SKPI tentang tindakan yang perlu diambil ketika berlaku kebakaran/kecemasan.
  • membolehkan para pelajar bertindak secara tenang dan teratur ketika menghadapi sebarang kecemasan
  • mengenalpasti jalan keluar dan tangga yang selamat ketika kecemasan

Wednesday, June 25, 2014

Unit Uniform Pengakap SKPI - Isyarat Pengakap

Isyarat Sulit Pengakap digunakan semasa pengembaraan di hutan serta aktiviti mendaki bukit.  




Ahli-ahli pengakap menggunakan isyarat tersebut apabila berlakunya kejadian sesat/hilang arah di kawasan hutan.


Isyarat menggunakan batu, ranting kayu, rumput atau lorekan di tanah dapat memberi pertunjuk kepada para penyelamat dalam proses mencari/menjejaki mangsa dengan mudah. 


Dalam perjumpaan Unit Uniform Pengakap pada 25 Jun, para pengakap Tahun 3-5 telah diberi pendedahan mengenai Isyarat Sulit Pengakap.  Para Pengakap berpeluang menjalankan latihan praktikal di padang sekolah.     



                                                                  *(Klik video di atas)

Tuesday, June 24, 2014

Program Pembangunan Bola Baling SKPI

Pertandingan Bola Baling Lelaki dan Perempuan telah diadakan di padang SKPI pada 24 Jun.

Pertandingan sebegiini dapat mencungkil bakat-bakat murid serta melahirkan para atlit yang berdisiplin.  berkemahiran dan berketrampilan.  Ianya dapat memberi latihan awal kepada para pelajar untuk terus menceburi bidang sukan.  

Di samping itu, kejohanan ini dapat mewujudkan pemain-pemain bola baling untuk mewakili sekolah yang dalam pertandingan-pertandingan yang bakal diadakan di masa akan datang. 












Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan 2014

20-22 Jun 2014
Pasukan Nasyid SKPI telah mewakili Negeri Pulau Pinang di dalam Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan di Paroi, Negeri Sembilan.



Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing, Ust. Shakir.

Sunday, June 22, 2014

Larian Merentas Desa SKPI 2014

SKPI telah menjalankan Kejohanan Merentas Desa pada 21 Jun @ Sabtu.
Acara dimulakan pada tepat pukul 8.30 pagi dengan bacaan doa serta taklimat daripada guru penyelaras Program Merentas Desa.  
Para pelajar menjalani senamrobik sebagai aktiviti memanaskan badan.
Acara ini disertai oleh para pelajar dari Pra Sekolah sehingga Tahun 6.

Para pelajar dilepaskan dari pagar utama SKPI mengikut tahun.  Acara larian yang bermula dari kawasan sekolah dan seterusnya melalui beberapa lorong jalan di sekitar Taman Bukit Minyak sebelum menghala ke jalan yang bersebelahan dengan Sungai Juru.  Jarak trek larian adalah sepanjang kira-kira 4km yang terdiri daripada 6 perhentian station yang dikawalselia oleh guru.

Sepanjang perjalanan acara, tiada kecederaan atau kecemasan yang serius berlaku.  Acara penyampaian hadiah telah diadakan sebaik sahaja tamat larian.  

Keseluruhannya, acara merentas desa ini dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut ketetapan masa yang dirancang.  Para pelajar begitu gembira dan bersemangat untuk menamatkan larian mereka untuk menjadi juara dan seterusnya memenangi pingat.  


(Klik untuk video)

Saturday, June 21, 2014

Pertukaran Guru SKPI Jun 2014

SKPI mengadakan satu majlis ringkas bagi meraikan pertukaran guru.  
Ustazah Misrojah Arshad telah bertukar ke SK Keladi, Kulim mulai 1 Jun tahun ini.  


SKPI akan kehilangan seorang guru yang berdedikasi.

PSS mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Ustazah.
Selamat Bertugas di sekolah baru.

Friday, June 20, 2014

Raptai Kejohanan Merentas Desa SKPI

MERENTAS DESA merupakan satu acara tahunan sekolah.  Aktiviti ini amat mudah dan boleh disertai oleh semua pelajar.  Aktiviti sedemikian dapat melahirkan pelajar yang berkembang secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mampu serta sanggup memberi sumbangan kepada kemajuan bangsa dan negara


20 Jun 2014, Satu raptai Kejohanan Merentas Desa telah diadakan.

Beberapa kelemahan telah ditemui dan pihak sekolah akan mengambil langkah untuk memperbaiki kelemahan tersebut pada hari sebenar Kejohanan iaitu pada 21 Jun.  















Thursday, June 19, 2014

Kejohanan Hoki Tertutup Bagan Ajam


Kejohanan Hoki Tertutup Bagan Ajam

Tarikh     :28 Mei 2014
Tempat  : SK Bagan Ajam



Pasukan Lelaki SKPI - tempat ke-tiga










Pasukan Perempuan SKPI - tempat ke dua



Penjaga Gol Terbaik (Kategori Perempuan)
Adik Nur Aini Yusri