Sunday, June 29, 2014

PSS SKPI banjir

Perpustakaan SKPI sekali lagi dibanjiri air akibat daripada kebocoran paip yang terletak di bumbung. 

Titisan air menjadi deras pada hari minggu akibat tekanan air tinggi telah membasahi sebahagian besar ruang santai bacaan.





Tiga buah rak pameran bercermin yang terletak tepat di atas paip retak telah mengalami kerosakan yang serius.  

Lantai ruang santai turut dibasahi air.  Air yang bertakung telah mengalir masuk ke bilik stor simpanan buku. Mujurlah, buku-buku baru tidak terjejas kerana ditempatkan di kawasan tinggi.  



Ruang bacaan ini akan ditutup buat sementara waktu untuk diselenggara.   




No comments:

Post a Comment