Saturday, June 7, 2014

Gunung Kinabalu




Gunung Kinabalu adalah puncak tertinggi di Malaysia dengan ketinggi 4095 meter dari paras laut.

Ianya terletak di Negeri Sabah iaitu di Daerah Kundasang.  

Gunung ini berdiri di atas Banjaran Crocker.



Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk Sabah.

Kaum Kadazandusun yang menetap di sekitar Wilayah Kundasang dan Ranau menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu.



Perkataan Kinabalu berasal daripada perkataan Kadazandusun, AKI yang bermaksud nenek moyang dan NABALU yang ertinya gunung. 

Kaum Dusun ini percaya bahawa gunung ini merupakan gunung roh nenek moyang mereka bersemadi. 

Gunung ini menjadi tempat yang suci bagi mereka.



Sir Hugh Low merupakan pendaki pertama yang berjaya sampai di puncak Gunung Kinabalu.

Beliau telah disertai oleh seorang penduduk tempatan berbangsa Dusun, Gunting Lagadan.  

Pendakian tersebut mengambil masa 3 minggu.

Walaubagaimanapun, Lagadan tidak meneruskan pendakian ke puncak Kinabalu.  







Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Kinabalu#sthash.0nB58rM4.dpuf






1 comment:

  1. Entri yang menarik...terutamanya gambar G. Kinabalu. Tahniah cikgu Lim

    ReplyDelete