Wednesday, June 25, 2014

Unit Uniform Pengakap SKPI - Isyarat Pengakap

Isyarat Sulit Pengakap digunakan semasa pengembaraan di hutan serta aktiviti mendaki bukit.  




Ahli-ahli pengakap menggunakan isyarat tersebut apabila berlakunya kejadian sesat/hilang arah di kawasan hutan.


Isyarat menggunakan batu, ranting kayu, rumput atau lorekan di tanah dapat memberi pertunjuk kepada para penyelamat dalam proses mencari/menjejaki mangsa dengan mudah. 


Dalam perjumpaan Unit Uniform Pengakap pada 25 Jun, para pengakap Tahun 3-5 telah diberi pendedahan mengenai Isyarat Sulit Pengakap.  Para Pengakap berpeluang menjalankan latihan praktikal di padang sekolah.     



                                                                  *(Klik video di atas)

1 comment: