Thursday, January 29, 2015

Aktiviti Bacaan Kuat di PSS

Di PSS SKPI, setiap kelas telah diperuntukkan satu jam seminggu untuk menggunakan bilik bacaan.  Para pelajar diiringi oleh guru BM masing-masing.   


Salah satu aktiviti yang dijalankan adalah Bacaan Kuat bersama guru.   Murid telah dibekalkan dengan buku cerita yang mempunyai tulisan font besar berserta dengan suku kata berwarna.   
Bacaan kuat ialah bacaan mekanis iaitu menyuarakan tulisan dengan suara yang jelas dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul.  

Teknik bacaan kuat  boleh dijalankan di pusat sumber di mana murid membaca buku cerita yang mempunyai pencetakan huruf yag besar dan sukukata berwarna.  


Membaca kuat merupakan satu teknik berkesan bagi menanam tabiat membaca di kalangan murid-murid yang tidak suka membaca serta kurang membaca.  

Aktiviti bacaan kuat ini dikendalikan oleh para guru yang kebiasaannya melibatkan murid yang kurang lancar membaca.

Manakala murid yang lebih berdikari boleh membaca buku tanpa bimbingan guru


Wednesday, January 28, 2015

Kelas Tambahan Tahun 4 hingga 6

Mulai 20 Jan 2015, pihak sekolah telah menganjurkan Kelas Tambahan bagi murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 pada setiap hari Selasa dan Khamis.  Kelas diadakan secara bergilir untuk empat mata pelajaran teras iaitu B Malaysia, B Inggeris, Matematik dan Sains.  

Tahun 4 & 5  dari pukul 2.00 hingga 3.00 ptg
Tahun 6 dari pukul 2.00 hingga 3.30 ptg

Kelas-kelas ini dikendalikan oleh para guru SKPI yang dedikasi.    

 Kelas Bahasa Inggeris untuk pelajar Tahun 5 Camellia
Aktiviti Vocabulary Word Search untuk menarik minat pelajar lemah terhadap Bahasa Inggeris
 Kelas Sains sedang berlangsung
Murid membuat latihan melabelkan gambarajah Sains bersama guru

Tuesday, January 27, 2015

Taklimat Peraturan & Disiplin Sekolah untuk murid Tahun 1

27 Jan, telah dijalankan satu taklimat ringkas mengenai Peraturan dan Disiplin Murid SKPI kepada murid-murid Tahun 1 yang disampaikan oleh Guru Disiplin iaitu Ust. Mohd Fauzi Omar.













Para pelajar telah didedahkan kepada penjagaan imej sebagai seorang pelajar yang baik seperti tatacara pemakaian baju seragam, kekemasan dan kebersihan diri. Turut didedahkan peraturan sekolah iaitu beratur dan berjalan dari bilik darjah ke bilik-bilik khas yang lain, keadaan disiplin ketika berada di bilik darjah, perpustakaan dan kantin sekolah.  


Monday, January 26, 2015

Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber sesi 2015

Satu majlis ringkas Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2015 telah diadakan pada pagi 26 Januari 2015.  










Seramai orang pengawas 116 pengawas sekolah dan 33 orang Pengawas Pusat Sumber telah menerima watikah perlantikan masing-masing daripada guru besar SKPI, En. Mohd Hasri b Hassan.



video


(Klik di atas untuk video-Perlantikan Pengawas Sekolah)

video

(Klik di atas untuk video-Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah)

Sunday, January 25, 2015

Sambutan Maulidur Rasul SKPI-2015

Satu majlis sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 23 Januari yang melibatkan semua pelajar serta guru SKPI yang beragama Islam.

Beberapa aktiviti yang telah dirancang telah dikendalikan secara lancar.  


  • Persembahan Nasyid Qasidah oleh Kumpulan Maahad Tahfiz ibnu Sina, Kulim yang diketuai oleh Ust. Muhammad Bukhari







  • Ceramah Maulidur Rasul oleh Ust. Habib Muhammad Khairul Nizam



  • Pertandingan menghasilkan kolaj






  • Penyampaian Hadiah



Thursday, January 22, 2015

Pertandingan Mewarna Poster Sambutan Maulidul Rasul SKPI

Pertandingan mewarna Sambutan Maulidul Rasul dan Pendikan Moral telah dijalankan serentak satu sekolah pada 22 Januari.