Wednesday, January 14, 2015

Lawatan Ke Van Perpustakaan Bergerak - Murid Tahun Satu


Para pelajar Tahun 1 berpeluang berkunjung ke van perpustakaan bergerak pada hari ini. 






Adik-adik Tahun 1 mendapat pengalaman baru membuat aktiviti bacaan di dalam van yang penuh dengan pelbagai bahan bacaan. 

Memandangkan ruang bacaan van ini agak sempit, yang hanya dapat menampung pengunjung seramai 12-15 orang setiap sesi, maka para pelajar tahun 1 melawat van ini secara berkumpulan.  

Van Perpustakaan Bergerak ini akan berada di perkarangan SKPI pada selang setiap hari Rabu.  Para pelajar SKPI boleh meminjam buku-buku dari sini.  

Permohonan kad pinjaman adalah percuma.  Para pelajar yang ingin menjadi ahli, boleh hantar satu salinan surat lahir kepada Teacher Lim. 

No comments:

Post a Comment