Saturday, October 19, 2013

Aktiviti Penanaman Bakau SKPI bersama Honeywell


Satu aktiviti Penanaman Semula Pokok Bakau di Sungai Acheh, Nibong Tebal telah dianjurkan oleh Syarikat Honeywell bersama tiga buah sekolah angkatnya iaitu SK Permai Indah, SJKC True Light dan SJKT Ladang Juru pada 19 Oktober 2013. SK Permai Indah telah diwakili oleh 30 orang pelajar Tahun 5 & 6 yang diiringi oleh dua orang guru iaitu Cikgu Che Asa dan Teacher Lim. Setelah bersarapan pagi ‘nasi lemak enak Sungai Acheh’, para pelajar menghadiri taklimat ringkas oleh pegawai daripada Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai Pulau Pinang (PIFWA). Mereka didedahkan mengenai kepentingan melindungi dan memulihara ekosistem hutan bakau di persisiran pantai. Kemudian, para pelajar berpeluang turun ke kawasan paya untuk aktiviti menanam anak pokok bakau di tempat yang disediakan. Sebanyak 1000 anak pokok telah ditanam pada hari tersebut. Proses penanaman berjalan dengan lancar walaupun keadaan tanah yang berlumpuh serta hujan renyai-renyai. Staf-staf dari Syarikat Honeywell serta para pelajar dari tiga buah sekolah dan guru-guru pengiring berjaya menghabiskan aktiviti penanaman dalam masa yang singkat dengan semangat kerjasama. Majlis diakhiri dengan hidangan KFC sebagai makan tengahari untuk semua peserta. Aktiviti Penanaman Anak Bakau SKPI bersama Honeywell (KLIK DI SINI)

2 comments: