Wednesday, May 16, 2012

Hari Guru 2012

Pada 16 Mei 2012, Rabu, Sekolah Kebangsaan Permai Indah telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Semua murid dan guru-guru terlibat dalam majlis tersebut. Ianya diadakan di dataran sekolah dan dewan terbuka. Majlis disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG iaitu Tuan Hj Zainol Abidin bin Ismail.


Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai jasa guru yang telah bertungkus lumus mengajar serta mendidik para pelajar SKPI sehingga Berjaya. Seperti kata pepatah, “Jika tiada guru, tiadalah doktor angkasawan dan lain-lain manusia yang berjaya.

Semua warga sekolah SKPI tiba di sekolah dengan perasaan yang gembira. Suasana pada hari tersebut sungguh meriah. Para pelajar telah menghadiahkan pelbagai bentuk hadiah kepada guru-guru masing-masing.

Acara Sukaneka dan persembahan guru diadakan dan telah berjalan dengan lancar. Dalam pada itu, murid-murid telah mengadakan pelbagai persembahan seperti nyanyian koir, nasyid dan sketsa untuk menghiburkan guru-guru tersayang. Satu jamuan makan ringkas telah diadakan untuk meraikan Hari Guru.

Majlis berakhir dengan acara penyampaian hadiah.







SELAMAT HARI GURU

No comments:

Post a Comment