Tuesday, November 25, 2014

Program RIMUP SKPI-2014

Program RIPUP merupakan satu program yang menggalakkan penglibatan para guru dan kerjasama para pelajar masyarakat setempat dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga serta kepakaran.



Program RIMUP bermatlamat untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

Program RIMUP menggariskan empat objektif iaitu

  • menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, guru, pelajar, ibu bapa dan warga sekolah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama (joint venture)
  • mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong, muhibah secara sedar dan terancang.
  • mehairkan persefahaman dan tolenransi antara murid pelbagai kaum
  • berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama



SK Permai Indah telah berganding bahu dengan dua buah sekolah berdekatan iaitu SJKC True Light dan SK Juara  bagi melaksanakan Program RIMUP di sekolah masing-masing.  

SKPI telah menjadi tuan rumah untuk acara RIMUP Sukanenka.  Manakala SJKC True Light mengadakan acara Kebudayaan-tarian tiga bangsa dan SK Juara pula menjalankan acara sukan iaitu-permainan bowling persahabatan.  




(Klik video di atas)

No comments:

Post a Comment