LAPORAN KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2011 (KM1M 2011) PERINGKAT SEKOLAH
Kem Membaca 1 Malaysia 2011 (KM1M) dan Sambutan Read2011 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Scholastic Malaysia telah berlangsung dari 31 Oktober sehingga 4 November 2011 yang bertemakan “Pembacaan Pemangkin 1 Malaysia”.
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Permai Indah turut serta melaksanakan program tersebut selama 4 hari initu dari 1 – 4 November 2011. Ianya telah melibatkan semua warga sekolah daripada para pelajar, guru serta staf-staf sekolah. Para pelajar SKPI seramai dari Tahun 1-6 serta guru seramai telah menyertai program tersebut.
Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :-
- Bacaan ‘mentor-mentee’
- ‘Read a book a day’
- Bercerita menggunakan ‘Big Book’
- Pertandingan Mewarna Tahap 1
- Acara membaca beramai-ramai di dataran
Acara kemuncak Program KM1M 2011 merupakan acara membaca beramai-ramai yang disertai oleh semua warga sekolah. Para pelajar dan guru melakukan pembacaan secara serentak selama 2011 saat (33.5 minit). Aktiviti Bacaan Beramai-ramai ini dapat memupuk budaya membaca di kalangan murid SKPI dan diharap tabiat dan sifat pembacaan sepanjang hayat dan disemaikan dalam generasi masa kini dan akan datang. Di samping itu, Kem Membaca ini turut menyemai semangat perpaduan berbilang kaum di kalangan murid-murid sekolah. Ianya menyemai konsep ‘kebersamaan dan kekitaan’ yang dapat menjana pemikiran 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment