Friday, June 28, 2013

Raptai Sukan SKPI 2013

Raptai Sukan 2013 telah dijalankan pada hari Jummat, 28 Jun di padang sekolah SKPI. Semua guru dan murid terlibat dalam aktiviti ini.

Para pelajar dari Pra Sekolah sehingga Tahun 6 telah berkumpul dalam rumah masing-masing di bawah khemah yang dipasang di ruang padang SKPI.

Empat buah rumah iaitu Laksamana, SyahBandar, Temenggung dan Bendahara akan bertanding dalam beberapa acara yang telah ditetapkan seperti lontar peluru, lompat jauh, lompat tinggi, acara trek dan sukaneka.

Turut dipertandingkan pada tahun ini adalah acara perbarisan, hiasan rumah dan maskot.  Guru-guru rumah dan murid-murid dilihat bertungkus-lumus membuat persiapan bagi memastikan rumah mereka menjadi terbaik dan juara.

Raptai telah dijalankan dengan baik dan lancar walaupun cuaca yang panas terik.  Segala kekurangan yang dikesan akan diperbaiki menjelang hari sukan nanti.

Semua murid memberikan kerjasama yang baik sepanjang raptai dijalankan. Diharap semua yang dirancang akan berjalan dengan sempurna.












No comments:

Post a Comment