Tuesday, October 28, 2014

Taklimat Persediaan Ke Tingkatan 1 - SKPI

Satu taklimat Persediaan Ke Sekolah Menengah telah diadakan pada 28 Oktober di dewan SKPI. Ianya dihadiri oleh semua pelajar Tahun 6 SKPI.

Penceramah jemputan merupakan Penyelia Petang SMK Permai Indah iaitu Cikgu Nurul Huda bt Ahmad.  

Objektif Taklimat adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Tahun 6  tentang

  • perbezaan alam sekolah rendah dengan sekolah menengah
  • persekitaran alam sekolah menengah yang lebih mencabar
  • pengawalan dan batas-batas pergaulan semasa berada di sekolah menengah
  • pengenalan kepada mata pelajaran yang bakal dipelajari di sekolah menengah 





Taklimat selama dua jam ini padat dengan informasi yang amat berfaedah kepada para pelajar yang bakal menjejak kaki ke Tingkatan 1 pada Januari 2015.





Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Nurul Huda di atas kesudian beliau mengadakan taklimat tersebut.

No comments:

Post a Comment