Friday, April 17, 2015

Karnival Bahasa Bicara Berirama Kelompok R3

Pengenalan
Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan bahasa atau puisi dalam bentuk kumpulan.  Pasukan akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperkenalkan kepada penonton.  Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang perserta yang bertindak sebagai konduktor.  Aktiviti ni melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej pasukan.  

Objektif

  • Pertandingan ini diadakan supaya dapat meningkatkan penguasaan serta penggunaan Bahasa Melayu Baku dan Bahasa Melayu yang baik di kalangan murid-murid sekolah rendah.
  • Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang penggunaan Bahasa Melayu dam memantapkan lagi penggunaan Bahasa Melayu dalam kehidupan sehari-hari.
SKPI telah menjadi tuan rumah bagi Karnival Bahasa - Pertandingan Bicara Berirama pada 16 April 2015.
Video - klik di atas









Pasukan SKPI meraih tempat ke-3....tahniah


No comments:

Post a Comment