Sunday, June 22, 2014

Larian Merentas Desa SKPI 2014

SKPI telah menjalankan Kejohanan Merentas Desa pada 21 Jun @ Sabtu.
Acara dimulakan pada tepat pukul 8.30 pagi dengan bacaan doa serta taklimat daripada guru penyelaras Program Merentas Desa.  
Para pelajar menjalani senamrobik sebagai aktiviti memanaskan badan.
Acara ini disertai oleh para pelajar dari Pra Sekolah sehingga Tahun 6.

Para pelajar dilepaskan dari pagar utama SKPI mengikut tahun.  Acara larian yang bermula dari kawasan sekolah dan seterusnya melalui beberapa lorong jalan di sekitar Taman Bukit Minyak sebelum menghala ke jalan yang bersebelahan dengan Sungai Juru.  Jarak trek larian adalah sepanjang kira-kira 4km yang terdiri daripada 6 perhentian station yang dikawalselia oleh guru.

Sepanjang perjalanan acara, tiada kecederaan atau kecemasan yang serius berlaku.  Acara penyampaian hadiah telah diadakan sebaik sahaja tamat larian.  

Keseluruhannya, acara merentas desa ini dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut ketetapan masa yang dirancang.  Para pelajar begitu gembira dan bersemangat untuk menamatkan larian mereka untuk menjadi juara dan seterusnya memenangi pingat.  


(Klik untuk video)

2 comments: