Kumpulan Unit Beruniform Pasukan Pengakap dan Pasukan Tunas Puteri SK Permai Indah telah menjalankan satu aktiviti membuat sandwich.
Adik-adik pengakap & Tunas Puteri telah menyediakan sandwich yang mengandungi pelbagai inti Kepingan roti diintikan dengan telur goreng, tuna, sardin, sausage serta disaluti dengan daun salad, sayur kobis, hirisan tomato & lobak merah dan mentimun. Turut serta sos-sos seperti mayonaise, sos cili, sos tomato dan kicap.
Para pengakap/tunas puteri telah mempamerkan kehebatan masing-masing dalam menghasilkan sandwich yang enak lagi sedap dalam masa selama sejam dari pukul 1.30-2.30 ptg.
Aktiviti ini berjalan selama satu jam yang diakhiri dengan para pelajar menjamu serta menikmati sajian hasil air tangan masing-masing.
sedapppp
ReplyDelete