Wednesday, April 30, 2014

Pengakap & Tunas Puteri SKPI - Membuat Sandwic

Berikut adalah hasilan aktiviti Membuat Sandwic Pasukan Pengakap dan Tunas Puteri pada hari Perjumpaan Ko-Kurikulum @ 30 April 2014.




Terima kasih kepada semua guru-guru pembimbing di atas komitmen yang diberikan. 

Aktiviti Membuat Sandwic-Pengakap/Tunas Puteri SKPI

Hari Rabu , 30 April

Kumpulan Unit Beruniform Pasukan Pengakap dan Pasukan Tunas Puteri SK Permai Indah telah menjalankan satu aktiviti membuat sandwich.  




Adik-adik pengakap & Tunas Puteri telah menyediakan sandwich yang mengandungi pelbagai inti Kepingan roti diintikan dengan telur goreng, tuna, sardin, sausage serta disaluti dengan daun salad, sayur kobis, hirisan tomato & lobak merah dan mentimun.  Turut serta sos-sos seperti mayonaise, sos cili, sos tomato dan kicap.    



Para pengakap/tunas puteri telah mempamerkan kehebatan masing-masing dalam menghasilkan sandwich yang enak lagi sedap dalam masa selama sejam dari pukul 1.30-2.30 ptg.


Aktiviti ini berjalan selama satu jam yang diakhiri dengan para pelajar menjamu serta menikmati sajian hasil air tangan masing-masing. 

Tuesday, April 29, 2014

Jom Baca Bersama 10 Minit di SKPI

Pada tahun ini bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT/LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES telah diadakan di seluruh Malaysia bersama Perpustakaan Awam Negeri-Negeri Se-Malaysia. 

Program  ini merupakan suatu program gerakan membaca yang dijalankan sebagai usaha berterusan membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca.






Pusat Sumber SK Permai Indah turut mengambil kesempatan untuk menjalankan aktiviti "Jom Baca 10 Minit" pada 29 April 2014.

PSS SKPI terpaksa menunda Program Bacaan tersebut kerana sekolah kami telah menjadi penganjur Karnival Ko-Akademik Kelompok R19 Bahasa Berirama pada hari berkenaan.

Para pelajar melakukan aktiviti membaca di bilik darjah yang diselia oleh guru matapelajaran/guru kelas masing-masing selama 10 minit.

    
Tanpa mengira apa jua aktiviti yang sedang dilakukan, warga SK Permai Indah yang terdiri daripada pihak pentadbir, para guru, semua pelajar dan staf-staf serta pekerja telah 'sama-sama  berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak'. 


Monday, April 28, 2014

Minggu Bahasa Arab 2014- SKPI

Minggu Bahasa Arab SKPI bakal diadakan sepanjang 28 April sehingga 2 Mei. Satu majlis pelancaran ringkas telah diadakan pada pagi Isnin 28 April.

Di antara aktiviti yang akan dijalankan :-
Wakil Murid Membaca 2 Kalimah Arab setiap pagi sepanjang minggu tersebut
Pertandingan Dikir Barat Tahun 4-6
Teka Silang Kata & Imia Tahun 3
Pertandingan Mewarna Tahun 1-2
Ceramah tentang Kepentingan Bahasa Arab
Persembahan Debat Bahasa Arab
Persembahan Qasidah

Friday, April 25, 2014

Kem Teknik Belajar Berkesan 2014 - SKPI

Seminar Motivasi - Teknik Belajar Berkesan   telah  diadakan untuk para pelajar SKPI  pada 24 April 2014 bertempat di Dewan Kolej Vokasional dan Teknik Seberang Perai.  Seramai pelajar Tahun 4-6 menghadiri kem tersebut yang dikendalikan oleh pakar-pakar motivasi bertauliah yang dijemput khas dari Melaka. Mereka berasal daripada Kumpulan Jazim Motivation Group. . 





Para pelajar telah memperolehi pelbagai tips, petua serta info yang bermanfaat dalam membuat persediaan menghadapi peperiksaan UPSR. 

Thursday, April 24, 2014

Literasi Maklumat-Pameran Matematik

Panitia Matematik SK Permai Indah telah mengadakan satu pameran Matematik pada 23-24 April yang dipenuhi dengan sumber-sumber matematik, poster, permainan nombor dan pelbagai bahan berkaitan matematik.

Wednesday, April 23, 2014

Pertandingan Ko-Akademik Bahasa-Bicara Berirama Kelompok R19

SK Permai Indah telah menjadi tuan rumah kepada Pertandingan Ko-Akademik Bahasa-Bicara Berirama Kelompok R19 pada 22 April. Empat buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut :-
SK Permai Indah
SK Alma Jaya
SK Alma
SK Kebun Sireh
Video (klik di sini - video)

Tuesday, April 22, 2014

Pelancaran Minggu Matematik SKPI 2014

Panitia Matematik SK Permai Indah dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah telah melancarkan Minggu Matematik 2014 pada 21 April.

Sepanjang minggu tersebut,beberapa aktiviti telah dirancang iaitu aktiviti nombor, kuiz pintar matematik serta permainan matematik dan "Running Numbers".

Acara kemuncak merupakan satu pameran matematik yang akan diadakan di dewan SKPI yang terdiri daripada sejarah matematik, pameran Numerasi Linus dan ABM Matematik.

Monday, April 21, 2014

Pertandingan Karnival Ko-Akademik Bahasa Inggeris Kelompok R19-Public Speaking

Seorang pelajar SKPI, Devyasree Umapathey telah berjaya meraih tempat ke-TIGA dalam Pertandingan Karnival Ko-Akademik Bahasa Inggeris Kelompok R19 - Public Speaking yang telah diadakan di SJKC Permatang Tinggi pada 15 April 2014.


Tahniah diucapkan kepada adik Devyasree serta guru pembimbing, Teacher Khairiati.





Wednesday, April 16, 2014

Ceramah 'Rahsia Menjadi Pelajar Cemerlang'

Satu ceramah ringkas telah diadakan untuk para pelajar Tahun 4-6 di dewan SKPI. Penceramah dan pakar motivasi, Dr. Khairol Kashimi Abdul Aziz (Pusat Motivasi dan Pendidikan Elit, Klang, Selangor). berkongsi petua-petua serta teknik belajar berkesan bersama anak-anak murid SKPI. Tayangan video tentang kesan pemakanan untuk minda turut dipamerkan.










Tuesday, April 15, 2014

CeramahKepenggunaan Hari Pengguna Malaysia 2014 di SKPI

15 April 2014

Pihak FOMCA (Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan satu ceramah bertajuk Pengguna Bijak dan Proaktif-Hak dan Tanggungjawab Pengguna kepada para pelajar Tahun 4-6 SK Permai Indah selama sejam.


Dalam pada itu, murid-murid Tahun 1-3, berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti mewarna poster Hari Pengguna Malaysia 2014. 


Menurut Petugas FOMCA yang hadir he SKPI, ............... bersempena dengan Hari Pengguna Malaysia 2014, 12 jenis pertandingan kepenggunaan  akan dipertandingkan pada tahun ini seperti berikut :-
  1. Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan (5 Kategori)
  2. Pertandingan Melukis Poster dan Mereka Bentuk Poster Grafik Kepenggunaan (5 Kategori)
  3. Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan
  4. Pertandingan Blog Kepenggunaan (2 Kategori)
  5. Pertandingan Fotografi Kepenggunaan(2 Kategori)
  6. Pertandingan Buku Skrap Kepenggunaan
  7. Pertandingan Video Montaj (2 Kategori)
  8. Pertandingan “Speak Up” (2 Kategori)
  9. Pertandingan Mewarna Kepenggunaan
  10. 10)Pertandingan Anugerah Penyertaan Terbanyak Peringkat (2 Kategori)
  11. Kempen Penjimatan Air ‘MyWater’ (3 Kategori)
  12. Anugerah Guru HPM (2 Kategori)
Maklumat lanjut mengenai     Hari Pengguna Malaysia 2014 (Klik di sini)




Monday, April 14, 2014

10 minit Baca Bersama sempena Hari Buku Sedunia

Program ini akan dijalankan secara serentak di seluruh Pulau Pinang di lokasi masing-masing manakala majlis perasmian akan diadakan di Perpustakaan Negeri di Seberang Jaya pada 22 April 2014 (Selasa) jam 10.00 pagi sehingga 10.10 pagi sempena Hari Buku Sedunia.

Jom Baca Beramai-ramai selama10 minit.....warga SK Permai Indah pada 22 April 2014 jam 7.40-7.50 pagi. 

Sunday, April 13, 2014

Program Jaya Waris SKPI


Program Jaya Waris Tahun 6 Sk Permai Indah
Tarikh : 12 April 2014
Sasaran : Murid Tahun 6
Tujuan Program
• Memberi peluang kepada para ibu bapa/waris bersemuka dengan guru kelas dan guru mata pelajaran anak-anak mereka yang bakal menduduki UPSR
• Sebagai santapan rohani dalam menuju kecemerlangan UPSR 2014.
• Meningkatkan lagi persefahaman dan kerjasama antara para waris dan SKPI dalam menjalankan PdP terhadap pelajar Tahun 6.
• Membentuk jiwa yang bersemangat serta meningkatkan jati diri para pelajar Tahun 6 SKPI ke arah mencapai kejayaan dalam peperiksaan UPSR tahun ini.
• Membentuk permuafakatan yang jitu dan kukuh antara ibu bapa pelajar UPSR 2014 dengan pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program peningkatan prestasi anak-anak bagi memastikan kejayaan anak-anak.
• Memberi pendedahan awal dan makluman kepada ibu bapa tentang program UPSR yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2014.

Saturday, April 12, 2014

Workshop Lego Robotik di SKPI

12 April

Pihak Penang Science Cluster telah mengadakan satu bengkel Lego Robotik kepada sekumpulan pelajar Tahun 4 & 5. Di bawah seliaan tenaga pengajar dari USM, seramai 18 orang pelajar SKPI berpeluang mengikuti bengkel ini selama 4 Sabtu.

Para pelejar diberi tunjuk ajar mencipta dan membina program robotik menggunakan perisian LEGO NXT.

Bengkel ini membolehkan para pelajar SKPI meneroka dunia sains dan kejuruteraan dengan pembinaan satu system kawalan robotic mudah. Ia turut menanamkan sikap bekerja dalam pasukan sama seperti keadaan di dunia pekerjaan sebenar iaitu bekerja kumpulan dalam penyelesaian masalah kerja seharian.

Secara tidak langsung, para pelajar berpeluang menggunakan kemahiran-kemahiran seperti pengiraan matematik, pengetahuan sains dan penyelesaian masalah menerusi aktiviti pembinaan Lego Robotic ini.

Bengkel sedemikian dapat menjana minda para pelajar SKPI di samping melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.

Tuesday, April 8, 2014

Program Mentor Mentee SKPI

 
 
Tarikh : 7 April 2014
Unit B&K dan Pentadbir SKPI telah melancarkan satu program Mentor Mentee yang bertujuan untuk membangunkan sahsiah diri murid melalui  budaya amalan penyayang.   Program tersebut akan melibatkan semua pelajar SKPI dari Pra Sekolah hingga Tahun 6. 
 
Melalui program ini , diharapkan setiap orang pelajar SKPI dapat :-
  • mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor-mentee
  • mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain
  • membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah hasil daripada bimbingan dan sentuhan mentor yang mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka
 


 
Ikrar Mentor
Bahawa kami,
sebagai mentor berikrar
akan memberikan perkhidmatan
membimbing dan membantu mentee
Kami dengan penuh tanggungjawab
dan menjaga segala rahsia mentee
berdasarkan etika pementoran
yang telah ditetapkan.
 
Ikrar Mentee
Bahawa kami
sebagai mentee berikrar
akan memberi tunjuk ajar
dan teguran dengan hati terbuka
dan positif terhadap sebarang
usaha mentor untuk membantu
membimbing meningkatkan potensi
diri ke arah kecemerlangan
perkhidmatan kami
 
 







 

Monday, April 7, 2014

Guru Baru di SK Permai Indah

SK Permai Indah telah menerima dua orang guru baru.  PSS mengucapkan selamat bertugas kepada mereka.   

Cikgu Remala

 
Cikgu Tasnim

                                                                       

Kejohanan Bola Tampar MSSPP 12 TKB

Kejohanan Bola Tampar MSSPP 12 TKB Peringkat Negeri -2014
Tarikh : 3 & 4 April 2014
Tempat : Kompleks Belia dan Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang
 
Pencapaian
Naib Johan Kumpulan A (Lelaki dan Perempuan)
 
Tempat Ke-tiga -Peringkat Negeri (Pasukan Lelaki)
 
Tempat Ke-tiga -Peringkat Negeri (Pasukan Perempuan)
 
 

 
Tahniah diucapkan kepada para pemain serta Jurulatih-Cikgu Sopian.
 
 

 

Thursday, April 3, 2014

Penghasilan Origami Kelab Pusat Sumber SKPI

Pada hari Rabu, 2 April 2014 telah diadakan Perjumpaan Kelab Pusat Sumber Sekolah dari pukul 1.30-2.30 ptg. Aktiviti yang dijalankan pada minggu ini adalah penghasilan origami menggunakan kertas terbuang *majalah,flyer,brosur. Ahli-ahli Kelab telah menjaya menghasilkan pelbagai bentuk kreatif seperti burung, kapal terbang, dinosaur dll.