Tuesday, October 23, 2012

Perlancaran Kem Membaca 1 Malaysia 2012

Kem Membaca 1-Msia 2012 peringkat sekolah telah bakal berlangsung selama 3 hari bermula dari 22-24 Oktober. 

Program galakan membaca ini bertujuan membina tabiat membaca di kalangan murid sekolah dan pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat.

Dalam pada itu, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Scholastic Malaysia akan melaksanakan Program READ 2012: One Nation Reading Together. Pelancaran program READ ini akan diadakan pada 24 Oktober 2012, pukul 9:30 pagi secara serentak di seluruh negara.

Di peringkat sekolah, Unit Aktiviti PSS telah merangkakan beberapa aktiviti untuk dijalankan sepanjang tiga hari. 

Hari Pertama
Majlis perlancaran kem membaca 1 Msia telah disempurnakan oleh Guru Besar, Pn Hjh Sepiah Md Isa.  Kemudian para pelajar bersama guru menyanyikan tiga buah lagu yang berorientasikan galakan membaca iaitu Lagu Nilam, Membaca Gaya Wawasan & Budaya Membaca.

GPM telah memberikan penerangan mengenai kebaikan tabiat membaca dan faedahnya.  Kemudian, para pelajar menjalankan aktiviti mewarna serta menulis cerita pendek berdasarkan ilustrasi buku.











Pn GB sedang merasmikan Kem membaca 1-Msia Peringkat Sekolah

Penerangan mengenai Kem Membaca 1-Msia 2012 oleh GPM























Guru nyanyi bersama murid















GPM menjelaskan maksud tersirat dalam lirik lagu
















Nyanyian Lagu Galakan Membaca






Sokongan padu daripada GB, PK1 & PK2 yang turut sama dalam aktiviti Kem Membaca 1-Msia




































Aktiviti Menulis cerita pendek berdasarkan gambar dijalankan selepas majlis perlancaran Kem Membaca. 















Nyanyian Berkumpulan-Action Song


Hari Kedua
Program MBMMBI-Para pelajar membuat persembahan di dewan sekolah seperti bercerita, story telling, deklamasi sajak, text-reading serta nyayian lagu kanak-kanak.  Kemudian, para pelajar menjalankan aktiviti mengarang dialog watak cerita berpandukan gambar serta mewarna.














Hadir bersama YDP PIBG, Tn Hj. Zainol Abidin b. Ismail memberi sokongan kepada Prog.  Kem Membaca 1-Msia


Story Telling oleh murid Tahap 1



Text reading

Nyanyian Lagu Bahasa Inggeris
Murid sedang menyanyi lagu kanak-kanak Bahasa Inggeris













Guru Bahasa Mandarin sedang mengendalikan Pertandingan Menyanyi Lagu Mandarin unutuk murid Tahun 1 (BCSK)
























Pn GB hadir untuk memberi sokongan kepada para pelajar yang membuat persembahan.  Terima kasih.


Pertandingan Mengarang Dialog Watak Cerita










1 comment: