Saturday, October 27, 2012

Aktiviti Membina Model 3D

Panitia Matematik SK Permai Indah telah mengadakan satu aktiviti "Pembinaan Model 3-D" untuk para pelajar Tahun 6 pada 22 Oktober yang lalu.  Aktiviti ini dirancang untuk mengisi waktu lapang selepas UPSR.   

Ianya dirancang dengan rapi dan teliti demi meningkatkan minat yang mendalam dan berterusan dalam bidang Matematik dan menjadikan mata pelajaran ini sebagai satu amalan dan budaya dalam kehidupan harian. Ia adalah selaras dengan haluan Panitia Matematik untuk menaikkan prestasi Matematik ke tahap yang paling tinggi dan menanamkan minat murid dalam mata pelajaran Matematik.

Menerusi aktiviti ini adalah diharap untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis dan berkemahiran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Objektif:

o Memupuk sikap bekerjasama dan bertolak ansur di kalangan murid.

o Mencungkil, mengasah dan menampilkan bakat yang berpotensi besar dalam program ini.

o Mewujudkan minat terhadap mata pelajaran Matematik dan menghakis tanggapan murid bahawa mata pelajaran Matematik adalah susah untuk dipelajari.


 










No comments:

Post a Comment