Sunday, October 21, 2012

Lawatan Sambil Belajar

Pada 19 dan 20 Oktober 2012, SK Permai Indah telah membuat lawatan sambil belajar ke Tanah Tinggi Cameron.  Rombongan mula bertolak dari sekolah pada pukul 7.30 pagi bersama-sama lapan orang guru pengiring.  Para pelajar yang terdiri daripada murid Tahun 5 dan 6 seramai 76 orang telah menyertai rombongan tersebut. 

Rombongan berehat di R&R Bukit Merah untuk bersarapan bihun goreng serta kuih muih. Perjalanan selama 3 jam. 

Tempat pertama yang dilawati apabila sampai ke Tanah Tinggi Cameron ialah "Bee Farm" iaitu sebuah taman penternakan lebah madu.  Keadaan cuaca kurang memuaskan semasa rombongan berada di taman tersebut.  Hujan turun dengan lebat.  Mujurlah, ianya tidak berpanjangan. 

Rombongan menjamu makan tengahari di sebuah taman di kawasan Brinchang.  Dalam suasana yang kedinginan, ramai berasa amat lapar dan menikmati nasi berlauk ayam dan sayur kobis lemak. 

Setelah perut kenyang, rombongan melawat kawasan pertanian MARDI Cameron Highland. Terdapat banyak pokok bunga, strawberi, labu dan buah-buahan.  Tempat itu sungguh menarik dan indah.  Para pelajar berpeluang mempelajari nama-nama bunga dan buah secara dekat. 

Destinasi yang seterusnya adalah ladang teh Bharat. Permandangan ladang teh itu sungguh menarik.  Udara di tanah tinggi sungguh nyaman. 

Selepas itu, rombongan meneruskan perjalanan ke tempat penginapan di Berinchang. Rombongan berehat sementara menunggu makan malam (nasi goreng sayuran).

Pada waktu malam, para pelajar berpeluang melawat Pasar Tani Brinchang yang menjual pelbagai jenis buah-buahan, sayuran segar serta cenderahati. 


Pada keesokan harinya, para pelajar bangun pada pukul 5.30 pagi untuk menyiapkan barang- barang. Selepas itu, mereka bersarapan (bihun goreng dan kek). Selepas bersarapan, rombongan terus bertolak pergi ke Taman Kaktus.   Tanaman bunga dalam pasu banyak dijual di sini. 

Kemudian, rombongan singgah di sebuah ladang strawberi "Kasimani" yang menawarkan strawberi yang segar lagi manis dengan harga berpatutan.

Selepas makan tengahari (nasi ayam tomato dan sayur), rombongan singgah di Pasar Tani Kea.  Ramai pelajar yang membeli sayur-sayuran dan bunga ros untuk dibawa pulang. 

Kemudian, rombongan meneruskan perjalanan pulang. Rombongan selamat tiba di sekolah kira-kira pukul 6 petang. 

Lawatan ini memberikan manfaat yang besar kepada para pelajar. Terima kasih kepada ketua rombongan iaitu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Mazliyana Ahmad.















1 comment: