Wednesday, October 24, 2012

Kem Membaca 1-Msia - Aktiviti D.R.O.P



Hari Kemuncak Kem Membaca 1-Malaysia 2012 berakhir pada pagi ini, 24 Oktober dalam suasana yang redup serta nyaman lagi meriah.  Semua warga sekolah termasuk guru berkumpul di dataran sekolah.

Aktiviti D.R.O.P [Drop-Everything-And Read] telah diadakan di mana guru dan para pelajar menjalankan aktiviti membaca secara serentak untuk tempoh selama 2012 saat.  Suasana sekolah menjadi senyap apabila semua warga sekolah asyik membaca bahan bacaan masing-masing.  Setiap orang mempunyai sebuah buku di tangan. Aktiviti membaca beramai-ramai ini diharap dapat menyemai tabiat suka membaca di kalangan para pelajar di mana anak-anak didik menjadikan guru yang membaca sebagai 'role model'.





 Murid Pra Sekolah turut mengikuti aktiviti membaca, syabas kepada adik-adik kecil ini.

Bacaan Serentak warga SK Permai Indah





 Guru menjadi contoh teladan



Pengawas sekolah berhenti bertugas buat sementara untuk melibatkan diri dalam aktiviti membaca
Murid sedang asyik membaca buku cerita

Guru Bahasa Tamil turut serta dalam aktiviti D.R.O.P. 


Guru era teknologi e-book



Guru baca bersama murid

Wajah pelajar yang ceria ketika aktiviti D.R.O.P. dijalankan

No comments:

Post a Comment