Wednesday, October 31, 2012

Penyampaian Hadiah-Aktiviti Kem Membaca 2012





Satu majlis Penyampaian Hadiah ringkas telah diadakan bagi pertandingan-pertandingan sepanjang Kem membaca 1-Msia 2012. 

  • Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris (Story-telling)
  • Pertandingan membaca teks Bahasa Inggeris (Text-Reading)
  • Pertandingan Menulis Cerita berpandukan illustrasi buku cerita
  • Pertandingan mengarang dialog watak cerita
Di antara pemenang-pemenangnya ialah ......


 

Tuesday, October 30, 2012

Ceramah Agensi ADDK

Satu ceramah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Seberang Perai Tengah telah diadakan pada 30 Oktober. 


Ceramah tersebut merupakan satu aktiviti Tahun 6 selepas UPSR.  Ceramah yang bertajuk "Banteras Najis Dadah" telah disampaikan oleh Encik Shahrizal bin Selamat.  Para pelajar Tahun 6 telah memperolehi banyak manfaat daripada ceramah tersebut. 





Monday, October 29, 2012

Program Anjuran BCSK-Penyampaian Hadiah

Satu majlis penyampaian hadiah ringkas telah diadakan untuk mengumumkan pemenang Tahun 1 yang terlibat dengan aktiviti anjuran Panitia Bahasa Cina yang dikelolakan oleh guru BCSK, Pn. Yeap. 
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah Pertandingan Kaligrafi (bulan Julai) dan Pertandingan Menyanyi Lagu Mandarin (bulan Oktober). 






Saturday, October 27, 2012

Aktiviti Membina Model 3D

Panitia Matematik SK Permai Indah telah mengadakan satu aktiviti "Pembinaan Model 3-D" untuk para pelajar Tahun 6 pada 22 Oktober yang lalu.  Aktiviti ini dirancang untuk mengisi waktu lapang selepas UPSR.   

Ianya dirancang dengan rapi dan teliti demi meningkatkan minat yang mendalam dan berterusan dalam bidang Matematik dan menjadikan mata pelajaran ini sebagai satu amalan dan budaya dalam kehidupan harian. Ia adalah selaras dengan haluan Panitia Matematik untuk menaikkan prestasi Matematik ke tahap yang paling tinggi dan menanamkan minat murid dalam mata pelajaran Matematik.

Menerusi aktiviti ini adalah diharap untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis dan berkemahiran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Objektif:

o Memupuk sikap bekerjasama dan bertolak ansur di kalangan murid.

o Mencungkil, mengasah dan menampilkan bakat yang berpotensi besar dalam program ini.

o Mewujudkan minat terhadap mata pelajaran Matematik dan menghakis tanggapan murid bahawa mata pelajaran Matematik adalah susah untuk dipelajari.


 










Friday, October 26, 2012

Bacaan Serentak SKPI

Guru dan pelajar SKPI telah sama-sama menyertai aktiviti Bacaan Secara Serentak pada 24 Oktober 2012.



Secara tidak langsung warga sekolah ini merupakan di antara 1 juta pelajar dari 2278 buah sekolah seluruh negara yang berjaya meluang 33 minit 30 saat dalam aktiviti Bacaan Serentak yang berlangsung pada 24 Oktober 2012. 

Program ini merupakan anjuran bersama KPM dengan Scholastic's Malaysia READ.     


Kem Membaca 1-Msia 2012 

Keratan Akhbar



Thursday, October 25, 2012

Majlis Persaraan-Ust. Nor Zaabah

Hari ini, 24 Oktober 2012 telah berlangsung sambutan Majlis Persaraan seorang guru SKPI iaitu Ustazah Nor Zaabah bt Mahidin

Dengan perasaan sayu semua warga sekolah, guru dan murid mengucapkan "Selamat Bersara" kepada Ustazah Nor Zaabah. 


Wednesday, October 24, 2012

Kem Membaca 1-Msia - Aktiviti D.R.O.P



Hari Kemuncak Kem Membaca 1-Malaysia 2012 berakhir pada pagi ini, 24 Oktober dalam suasana yang redup serta nyaman lagi meriah.  Semua warga sekolah termasuk guru berkumpul di dataran sekolah.

Aktiviti D.R.O.P [Drop-Everything-And Read] telah diadakan di mana guru dan para pelajar menjalankan aktiviti membaca secara serentak untuk tempoh selama 2012 saat.  Suasana sekolah menjadi senyap apabila semua warga sekolah asyik membaca bahan bacaan masing-masing.  Setiap orang mempunyai sebuah buku di tangan. Aktiviti membaca beramai-ramai ini diharap dapat menyemai tabiat suka membaca di kalangan para pelajar di mana anak-anak didik menjadikan guru yang membaca sebagai 'role model'.





 Murid Pra Sekolah turut mengikuti aktiviti membaca, syabas kepada adik-adik kecil ini.

Bacaan Serentak warga SK Permai Indah





 Guru menjadi contoh teladan



Pengawas sekolah berhenti bertugas buat sementara untuk melibatkan diri dalam aktiviti membaca
Murid sedang asyik membaca buku cerita

Guru Bahasa Tamil turut serta dalam aktiviti D.R.O.P. 


Guru era teknologi e-book



Guru baca bersama murid

Wajah pelajar yang ceria ketika aktiviti D.R.O.P. dijalankan