Thursday, June 19, 2014

Kejohanan Hoki Tertutup Bagan Ajam


Kejohanan Hoki Tertutup Bagan Ajam

Tarikh     :28 Mei 2014
Tempat  : SK Bagan Ajam



Pasukan Lelaki SKPI - tempat ke-tiga










Pasukan Perempuan SKPI - tempat ke dua



Penjaga Gol Terbaik (Kategori Perempuan)
Adik Nur Aini Yusri






Wednesday, June 18, 2014

Pesanan Menghadapi Cuaca Panas


Fenomena El-Nino mengakibatkan peningkatan suhu yang sedang melanda negara kita, Malaysia sekarang.  


Musim kemarau yang berpanjangan ini memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan manusia.   












Para pelajar adalah dinasihatkan untuk 
  • Minum banyak air
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Berada di dalam rumah atau bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Berehat dengan kerap
  • Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang  dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar

Tuesday, June 17, 2014

Kejohanan Ragbi MSSM


Empat pelajar SKPI telah mewakili Pasukan Ragbi Pulau Pinang (12TKB) dalam Kejohanan Ragbi MSSM di Kelantan pada 5-15 Jun.   

Pasukan Ragbi Pulau Pinang berjaya mendapat Naib Johan dalam Kategori Plate @ tempat ke-6.



Pemain-pemain SKPI -


  • M. Syakir
  • M. Syamir
  • Lutfil Hadi
  • M. Syahmi












Tahniah diucapkan kepada para pemain serta jurulatih rugbi SKPI.

Monday, June 16, 2014

Pertandingan Story Telling Kelompok R19

Pertandingan Karnival Bahasa Inggeris Kelompok R19
Tarikh : 22 Mei 2014
Tempat : SJKC True Light, Juru

Seorang pelajar Tahun 4 SKPI, Darssireanna Reuben Devadason telah berjaya mendapat Naib Johan dalam Acara Story Telling.  


PSS mengucapkan tahniah kepada adik Darssireanna



Sunday, June 15, 2014

Sumbangan Buku dari BTP

Pusat Sumber SK Permai Permai telah menerima sumbangan bahan bacaan daripada BTP (Bahagian Teknologi Pendidikan) pada 6 Jun baru-baru ini.  




Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada BTP di atas sumbangan buku tersebut.

Berikut merupakan judul buku-buku yang diterima.
Buku Bukan Fiksyen

  1. Pengucapan di sekolah menjana kecemerlangan
  2. Hebatnya cara Rasulullah mendidik
  3. Berbasikal untuk kesihatan dan rekereasi
  4. Hidangan mudah, cepat dan enak berbuka puasa
  5. Anakku brain tumour
  6. Skor 5A skop UPSR
  7. Saya mahu masuk asrama
  8. Mama ceritalah-Panduan Bercerita
  9. It's time to be your own boss
Buku Fiksyen
  1. Nasi Lemak ikan pekasam
  2. Makhluk Asing di Kampung Ledang
  3. Menara
  4. Nasihat Si Murai
  5. Fantasi Yuyu
  6. Rama-rama yang sombong
  7. Kaki Siapa
  8. Tuah Si berudu
  9. Maafkan saya
  10. Kasih ibu
  11. Apabila kura-kura terbang tinggi
  12. Cantiknya bunga matahari
  13. Bunny and the tiger
  14. Who's the champion
  15. King of the jungle
  16. Pride before the fall
  17. Miss Honey Bee
  18. The Pigeon and the Crow
  19. The Monkey's Heart












Buku-buku ini akan ditempatkan di ruang pameran perpustakaan SKPI setelah proses teknik bahan buku.

Saturday, June 14, 2014

Skim Insurans Murid Sekolah SPAD

SKIM INSURANS MURID SEKOLAH SPAD

Perhatian Para Ibu Bapa dan Waris SK Permai Indah yang mempunyai anak yang menaiki bas sekolah,

Anda dinasihatkan untuk mendaftarkan anak-anak tuan/puan dalam Skim Insurans Murid Sekolah SPAD menerusi Pendaftaran Skim Insurans Murid Sekolah (klik di sini)



Maklumat lanjut tentang 
Skim Insurans Murid Sekolah SDAD  *(klik di sini)



Pastikan anak anda menggunakan perkhidmatan bas sekolah berlesen yang berdaftar di bawah SPAD/LPKP.  Semak status bas sekolah anak anda di School Bus Checker System 

Laman Sesawang 

atau


Telefon Pintar (Android dan IOS)

Aplikasi mySPAD 


Wednesday, June 11, 2014

Keindahan Matahari Terbit di Kundasang

Waktu di Sabah adalah satu jam lebih awal daripada waktu di Semenanjung Malaysia.  Oleh itu, matahari akan mula terbit kira-kira pukul 6.00 pagi di sini.  









Kemunculan puncak Gunung Kinabalu semasa sinar matahari mula terbit pada awal pagi di Kundasang merupakan suatu pengalaman yang sangat indah.  
Menurut orang Sabah, sekiranya ingin melihat Gunung Kinabalu @ gunung Tertinngi di Aisa, anda hendaklah berkunjung ke Kundasang sebelum kemunculan matahari. 
Awan akan menutup pandangan sebaik sahaja siang menjelma. 


  Klik video (Matahari Terbit Di Kundasang)

Sunday, June 8, 2014

Fish Spa Sungai Moroli, Kampung Luanti, Sabah


Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau, Sabah menawarkan satu aktiviti yang menarik iaitu sesi urut ikan @ "fish spa massage".  


Perkataan Tagal bermaksud 'tidak boleh menangkap ikan atau sebarang kehidupan sungai' dalam bahasa Kadazandusun.  Maka, penjagaan ekosistem alam sekitar sungai amat dititikberatkan di sini.   







Spesis ikan yang terdapat di Sungai Luanti adalah ikan Pelian @ cyprinidae. Ikan-ikan ini dipercayai dapat menyembuhkan penyakit kulit seperti psoriasis.  





Sumber : 
http://www.sabahtourism.com/destination/tagal-sungai-moroli-kampung-luanti-fish-massage

Saturday, June 7, 2014

Gunung Kinabalu




Gunung Kinabalu adalah puncak tertinggi di Malaysia dengan ketinggi 4095 meter dari paras laut.

Ianya terletak di Negeri Sabah iaitu di Daerah Kundasang.  

Gunung ini berdiri di atas Banjaran Crocker.



Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk Sabah.

Kaum Kadazandusun yang menetap di sekitar Wilayah Kundasang dan Ranau menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu.



Perkataan Kinabalu berasal daripada perkataan Kadazandusun, AKI yang bermaksud nenek moyang dan NABALU yang ertinya gunung. 

Kaum Dusun ini percaya bahawa gunung ini merupakan gunung roh nenek moyang mereka bersemadi. 

Gunung ini menjadi tempat yang suci bagi mereka.



Sir Hugh Low merupakan pendaki pertama yang berjaya sampai di puncak Gunung Kinabalu.

Beliau telah disertai oleh seorang penduduk tempatan berbangsa Dusun, Gunting Lagadan.  

Pendakian tersebut mengambil masa 3 minggu.

Walaubagaimanapun, Lagadan tidak meneruskan pendakian ke puncak Kinabalu.  







Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Kinabalu#sthash.0nB58rM4.dpuf






Friday, June 6, 2014

Jambatan Tamparuli


Tamparuli adalah sebuah bandar kecil di Tuaran, Sabah.


















Penduduknya terdiri daripada  bangsa Kadazan Dusun.  

Terdapat sebuah jambatan gantung yang dinamakan Jambatan Tamparuli. 































Jambatan Tamparuli merentasi Sungai Tuaran ini menghubungkan Pekan Tamparuli dengan penduduk kampung.  

Adalah dipercayai, Jambatan Tamparuli ini terbina setelah pergorbanan nyawa seorang wanita Kadazan Dusun yang cantik bernama Solungkoi






Arus Sungai Tuaran sangat deras dan seringkali membanjiri Jambatan Tamparuli ketika hujan lebat.


Menurut sejarah, Jambatan Tamparuli yang asal *(gambar di atas), ditenggelami air dan telah musnah pada tahun 1999 ketika banjir besar yang melanda negeri Sabah.  

Sumber : 
http://mount-kinabalu-borneo.com/blog/jambatan-tamparuli-the-bridge-and-the-song-its-based-on.html
http://sabahwarriors.blogspot.com/2010/05/help-needed-to-update-sabahs.html





(Klik pada video)

Tuesday, June 3, 2014

Program Kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan



Program Kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berlangsung pada 28 Mei sehingga 2 Jun 2014.  Ianya bertujuan menjadi pemangkin untuk warga guru Perpustakaan dan Sumber meneroka informasi serta mengadakan perkongsian pintar.  


Program tersebut disertai oleh 

  • Pn. Hindon Ahmad -BTPN PP
  • En. Ab. RAhim Md Desa - BTPN PP
  • En. Roshidi Mat - BTPN PP
  • Hjh Zulhisyam Abd. Rahman - SK Pasir Gebu
  • Cik Nadzirah Mohd Sobri - SK Pasir Gebu
  • En. Ng Kooi Lim - SMK Alma
  • Pn. Roziah Hashim - SMK Tinggi BM
  • Pn. Hani Shafriza Hanapiah - SMK Tinggi BM
  • Pn. Kohilavaany Jeyaraman - SJKT BM
  • Pn. Noraini Jaafar - SK Pauh Jaya
  • Pn. Harlina Zakaria - SK Pauh Jaya
  • Pn. Lim Swee Sim - SK Permai Indah