Wednesday, August 12, 2015

Sambutan Hari Raya SKPI 2015

Tarikh : 12 Ogos 2015
Sambutan Hari Raya SKPI 2015

PENDAHULUAN
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut setiap tahun sama ada di peringkat kebangsaan dan juga peringkat sekolah. Pada tahun ini, pihak sekolah melalui unit HEM telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah yang diadakan pada hari Rabu iaitu 12 Ogos 2015 bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Permai Indah.

 MATLAMAT
  • Meningkatkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid.
  • Melahirkan rasa kesyukuran menyambut aidilfitri.


 OBJEKTIF
  • Memberi ruang kepada semua warga sekolah berkongsi kegembiraan suasana hari raya dalam semua peringkat.
  • Menanam sifat kemaafan dan pemurah dalam diri individu.
  • Mengembangkan hubungan akrab untuk semua dalam menyemai sifat keterbukaan dan penerimaan.


 TENTATIF PROGRAM
7.20 pagi        :  Perhimpunan pagi dan sambutan hari lahir bulan Ogos
7.40 pagi        :  PdP berjalan seperti biasa
12.00 tgh        :  Jamuan makan untuk murid-murid Tahun 1 dan 2
1.30 petang    :  Murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 rehat dan solat zohor berjemaah
2.00 petang    :  Jamuan makan untuk murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6
3.00 petang    :  Persembahan di dewan
4.00 petang    :  Bersurai

PELAKSANAAN
Sambutan ini telah diadakan pada 12 Ogos 2015. Majlis ini diadakan bagi merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan seluruh warga sekolah. Walaupun diadakan pada skala yang sederhana berbanding majlis yang sama pada tahun sebelumnya, kemeriahannya tetap terasa dan objektif utamanya telah tercapai iaitu untuk merapatkan hubungan silatuhrahim sesama warga sekolah. 

Aktiviti ini juga merupakan salah satu dari aktiviti yang disyorkan di dalam Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang diadakan di sekolah yang bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah khususnya dalam kalangan murid. Penganjuran aktiviti ini juga bagi menepati Aspirasi ke-4 Sistem Pendidikan Malaysia seperti yang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025) yang memberi penekanan kepada aspek perpaduan dalam kalangan murid.

Program dimulakan dengan sambutan hari jadi untuk guru-guru dan murid-murid yang lahir pada bulan Ogos di waktu perhimpunan pagi. Pada pukul 12 tengahari dan 1.30 petang, murid-murid dijamu dengan pelbagai kuih-muih yang dibawa oleh murid sendiri besertanasi tomato, rendang ayam, sate dan lain-lain lagi yang disediakan oleh para guru sendiri. Setelah selesai jamuan makan, murid-murid berkumpul di dewan terbuka untuk sesi berkaraoke.

RUMUSAN
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini telah berjalan dengan lancar. Mudah-mudahan ianya telah menanam nilai-nilai murni di dalam jiwa setiap guru dan murid di sekolah ini di samping merapatkan ukhwah dan menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan di kalangan warga sekolah ini.

 LAPORAN BERGAMBAR









Video..klik di atas

No comments:

Post a Comment