Friday, February 6, 2015

Acara Merentas Desa SKPI 2015

Tarikh : 5-6 Februari 2015
Kejohanan Merentas Desa SK Permai Indah merupakan acara tahunan yang mesti dilaksanakan  setiap tahun sebelum menjelangnya kejohanan sukan tahunan sekolah. Kejohanan ini melibatkan semua murid iaitu murid tahun 1-6 serta pra sekolah.  Melalui acara inilah bakat-bakat murid dalam bidang sukan akan dapat dicungkil dan dididik supaya mencapai kecemerlangan di bidang sukan.

Rasional
Kejohanan Merentas Desa SKPI ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis dan menghargai alam sekitar. Program ini juga turut melibatkan semua murid dalam acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.

Matlamat
Kejohanan Merentas Desa SKPI ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid dalam bidang sukan dan dapat membentuk serta melahirkan murid yang berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan dan mempersiapkan  murid Kejohanan Merentas Desa MSSPP yang akan datang.

Program ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan murid secara menyeluruh dalam bidang sukan selaras dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yang telah diperkenalkan.

Objektif
  • Meningkatkan kebolehan, kemahiran, dan bakat murid.
  • Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan di dalam diri murid-murid.
  • Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahan murid.
  • Guru dapat mengenalpasti murid yang berpotensi dan berbakat di dalam bidang sukan.
  • Murid dapat mengumpul dan menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing.
  • Memastikan murid-murid akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual.
  • Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan mematuhi arahan.    


Laporan bergambar semasa acara ini berlangsung :
Seramai lebih kurang 750 orang murid Tahun 1-6 dan 70 orang murid Pra Sekolah telah menyertai acara merentas SKPI ini.  










Terima kasih kepada para guru, staf serta para waris SKPI yang telah 
menjayakan program ini.
Klik video di atas

No comments:

Post a Comment