Salah satu aktiviti yang dijalankan adalah Bacaan Kuat bersama guru. Murid telah dibekalkan dengan buku cerita yang mempunyai tulisan font besar berserta dengan suku kata berwarna.
Bacaan kuat ialah bacaan mekanis iaitu menyuarakan tulisan dengan suara yang jelas dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul.
Teknik bacaan kuat boleh dijalankan di pusat sumber di mana murid membaca buku cerita yang mempunyai pencetakan huruf yag besar dan sukukata berwarna.
Membaca kuat merupakan satu teknik berkesan bagi menanam tabiat membaca di kalangan murid-murid yang tidak suka membaca serta kurang membaca.
Aktiviti bacaan kuat ini dikendalikan oleh para guru yang kebiasaannya melibatkan murid yang kurang lancar membaca.
Manakala murid yang lebih berdikari boleh membaca buku tanpa bimbingan guru