Thursday, May 23, 2013

Majlis Persaraan Cikgu Abdull Rasid

Majlis persaraan Cikgu Abdull Rasid bin Ismail telah berlangsung dengan jayanya pada tanggal 23 Mei 2013.
Bertemakan "Semekar Budi, Sejambak Memori", maka diraikan hari terakhir Cikgu Rasid mencurahkan bakti sebagai seorang "GURU".  (selama 33 tahun)

Alunan pasukan kompang sekolah menyemarakkan ketibaan Cikgu Rasid sekitar jam 10 pagi. Semua guru dan murid-murid beratur di sepanjang jalan menyambut ketibaan beliau. Turut hadir bersama ialah Yang Dipertua PIBG, Tn Hj Zainol Abidin bin Ismail.


Majlis dimulakan dengan persembahan Silat Gayong. Diikuti dengan ucapan wakil guru.  Cikgu Rizal, mewakili guru-guru SKPI, melahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada Cikgu Rasid atas khidmat cemerlang yang telah ditunjukkan sepanjang berkhidmat di bumi SK Permai Indah.


Adik Hykarl Ukasyah, telah mewakili para pelajar SKPI mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang paling disegani oleh murid-murid SKPI.
Ini diikuti dengan ucapan oleh YDP PIBG, Tn Hj Zainol Abidin. Beliau turut menyatakan bahawa Cikgu Rasid antara guru yang sentiasa proaktif di sekolah ini.


Setelah itu, ucapan kemuncak oleh Cikgu Rasid buat semua warga SKPI. Perasaan bercampur baur tatkala mendengar ucapan terakhir beliau di pagi hening hari tersebut. Pelbagai kisah suka dan duka beliau diceritakan kembali sebagai santapan minda semua warga sekolah.


Beberapa persembahan telah disajikan kepada oleh murid-murid pada pagi tersebut. Antaranya dikir barat, deklamasi puisi dan nyanyian beramai-ramai murid sekolah.


Kejutan khas untuk Cikgu Rasid ternyata berjaya apabila beliau dijemput ke kebun yang dinamakan sebagai “Rasid’s Garden” di mana beliau merasmikan kebun tersebut dengan menanam sepohon pokok mempelam.


Persembahan Silat Gayong
Ucapan Cikgu Rasid
Ucapan Wakil Guru
Ucapan Wakil Murid
Ucapan YDP PIBG
Dikir Barat
Pasukan Kompang


PSS mengucapkan Selamat Bersara kepada Cikgu Rasid. 

PSS SKPI wishes you good luck in all the endeavors you are going to face in your future !
A big episode of professional life has ended
and a new fresh episode is about to begin in your life from now on.
Happy retirement !




2 comments:

  1. Terima kasih kepada cg rasyid...kerana beliau..saya jdi manusia..kerqna rotan beliau..saya jadi manusia

    ReplyDelete