Setiap perpustakaan pasti berhadapan dengan pelbagai masalah dari segi pengurusan hingga ke penggunaannya. Begitu juga dengan perpustakaan SKPI.
Kakitangan tidak mencukupi
Salah satu masalah yang dihadapi oleh perpustakaan SKPI adalah ketiadaan pengawai yang bertugas sepenuh masa di dalam perpustakaan. Kaunter sirkulasi merupakan satu tempat di mana proses pinjaman/pulangan buku dijalankan. Oleh itu, ianya memerlukan seseorang pertugas untuk mengendalikan urusan peminjaman bahan bacan pada setiap masa.
Sesebuah perpustakaan sudah tentu memerlukan seseorang petugas untuk mengawas pengguna-pengguna yang masuk/keluar dari bilik tersebut. Kes-kes kecurian seringkali berlaku disebabkan ketiadaan petugas di kaunter.
Kes-kes vandalisme amat ketara terutamanya kepada buku-buku serta bahan pameran didapati dalam perpustakaan.
Guru-guru yang mengiringi murid-murid ke perpustakaan pada waktu Nilam seringkali kurang mengawas gerak geri murid-murid. Tambahan pula, pengawas pusat sumber tidak berdaya untuk menghindarkan kawan sekelas mereka daripada melakukan perbuatan vandalisme.
Kekurangan kakitangan menjadi faktor penyebab perpustakaan tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Walaupun terdapat Guru Perpustakaan dan Media tetap yang dikhaskan untuk mengendalikan tugasan Pusat Sumber, tetapi beliau terpaksa mengajar di kelas-kelas pada waktu-waktu tertentu. Tambahan pula, beliau turut mempunyai tugas-tugasan sampingan di sekolah selain daripada kerja-kerja di Pusat Sumber. GPM tidak dapat menumpu sepenuh perhatian kepada urusan pengurusan PSS.
Kewangan
Peruntukan yang tidak mencukupi menghalang perpustakaan memperoleh bahan-bahan baru di pasaran bagi membangunkan koleksi dan mengadakan aktiviti-aktiviti untuk para pelajar. Di SKPI, agar sukar untuk mendapatkan sokongan daripada pihak luar yang sudi menderma sumber kewangan mahupun bahan bacaan kepada sekolah.
Kerosakan/Kehilangan Buku
Para pelajar kurang prihatin terhadap penjagaan buku yang dipinjam dari perpustakaan sekolah. Kes-kes kehilangan dan kerosakan buku yang dipinjam seringkali berlaku. Mukasurat yang koyak, buku terkena air, contengan dalam buku merupakan perkara selalu berlaku.
Kekadang, pelajar yang bertukar sekolah atau murid tahun 6 yang tamat persekolahan tidak memulangkan buku-buku yang dipinjam. Dan pihak PSS menghadapi kesulitan untuk menghubungi mereka untuk mendapatkan kembali buku-buku tersebut. Maka proses hapuskira terpaksa dilakukan.
Dengan kadar kerosakan/kehilangan buku yang tinggi, maka koleksi bahan bacaan di perpustakaan tidak dapat bertambah.
Bangunan Perpustakaan Yang Kurang Strategik
Perpustakaan SKPI terletak di Tingkat 3 Bangunan A di hujung kawasan sekolah. Keadaannya yang kurang strategik mungkin mengakibatkan warga SKPI terutamanya para guru untuk mengunjunginya. Guru-guru senior yang menghadapi masalah kesihatan seperti sakit kaki & lutut kurang berminat untuk mengunjung perpustakaan.
Para pelajar turut tidak berminat untuk mengunjungi perpustakaan sekolah disebabkan kedudukannya yang tinggi dan terpencil.
Sifat Ketidakprihatinan Peminjam Buku
Seringkali didapati para pelajar yang sengaja merosakkan buku-buku yang dipinjam seperti mukasurat dikoyak/diconteng, terkena air atau kulit buku hilang. Terdapat juga banyak kes buku hilang dan peminjam tidak mampu mendapatkan ganti rugi samada gantian wang mahupun gantian buku.
Kekadang terdapat ramai peminjam yang tidak memulangkan buku-buku yang dipinjam apabila tamat persekolahan *(bekas pelajar tahun 6) atau para pelajar yang bertukar sekolah.
Keadaan sedmikian menimbulkan kesulitan kepada pihak pengurusan PSS untuk menambah koleksi buku apabila kes-kes kejadian kehilangan/kerosakan buku berleluasa.
PSS SKPI menyeru agar para pelajar dan guru-guru SKPI dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak PSS untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada anda. Sebarang idea-idea dan maklum balas ke arah peningkatan PSS daripada anda amat dialu-alukan oleh pihak PSS. Anda boleh memberikan komen anda di ruang komen dalam blog ini. Terima Kasih.