Friday, March 29, 2013

Program 'Upgrading & Improving Reading Materials'




Anda mempunyai buku cerita kanak-kanak atau bahan bacaan yang tidak digunakan lagi? Jangan dibuang! Sumbangkanlah bahan bacaan tersebut.


PSS SK Permai Indah akan mengadakan program "Upgrading & Improving Reading Materials" sepanjang bulan April. Anda boleh menyumbang bahan bacaan yang bersesuaian kepada Pusat sumber SK Permai Indah.  Kepada yang berminat, sila serahkan buku-buku lama tersebut kepada staf di Pusat Sumber SKPI atau Pejabat SKPI pada waktu pejabat.


Buku-buku lama lebih bermanfaat jika disumbangkan kepada yang memerlukan dari disimpan atau dibuang.

Pihak PSS bercadang untuk menggunakan bahan bacaan tersebut untuk digunapakai di sudut bacaan bilik darjah, di Pondok Bacaan atau di mini Pusat Sumber di kaki lima bangunan B.  Dengan buku-buku tersebut, para pelajar SKPI dapat memaanfaat masa terluang pada waktu senggang atau atau rehat dengan membaca yang secara tidak langsung dapat meminimumkan tahap kebisingan pada waktu rehat.  Di samping itu, Program NILAM turut berjalan secara automatik apabila para pelajar mempunyai lebih banyak bahan bacaan di kawasan sekolah.  
PSS mendahului ucapan terima kasih di atas sokongan anda.

No comments:

Post a Comment