Thursday, March 7, 2013

Pembinaan Pondok Bacaan SKPI

Pihak sekolah bersama PIBG telah merancang untuk mendirikan sebuah pondok bacaan di kawasan lapang bersebelahan dewan terbuka. Tujuan mengadakan pondok bacaan ini adalah sebagai suatu tempat bagi murid-murid belajar sambil menikmati udara segar sambil berehat di waktu senggang semasa rehat atau selepas waktu persekolahan.  Ianya juga boleh dijadikan satu tempat untuk guru melakukan aktiviti luar bilik darjah bersama anak murid. 

Diharap anak-anak murid SKPI dapat memanfaatkan dan menjaga pondok ini dengan sebaik-baiknya.  Elakkan vandalisme...!

Kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan. 







No comments:

Post a Comment