Friday, April 2, 2010

Pendedahan Program NILAM kepada ibu bapa

Unit Aktiviti PSS telah menganjurkan satu Taklimat Bacaan NILAM pada hari ini.  Sejumlah 15 orang waris yang terdiri daripada ibu bapa kepada murid Tahun 3 dan 4 telah dijemput hadir ke Pusat Sumber.  Kesemua murid ini adalah di kalangan mereka yang berpotensi untuk mencapai Tahap Nilam. 

GPM sekolah ini telah menjalankan satu mini kajian mengenai Tahap Pencapaian Program NILAM sekolah yang kurang memuaskan.  Salah satu daripada puncanya adalah murid-murid kurang membuat catatan dalam buku rekod Nilam dan kurang galakan di rumah.  Murid-murid tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada ibu bapa dalam aktiviti membaca di waktu senggang.  Ibu bapa kurang prihatin dalam aktiviti bacaan NILAM kerana mereka mengganggap ianya tidak penting berbanding dengan buku-buku akademik. 

Tercetuslah idea untuk mengadakan sesi dialog bersama ibu bapa supaya mereka mengetahui tentang tujuan dan objektif sebenar program ini.  Dengan berbekalkan pengetahuan tentang cara pengisian buku Rekod NILAM serta manfaatnya kepada anak-anak mereka, maka diharapkan ibu bapa dapat membantu pihak sekolah untuk menaikkan peratus pencapaian NILAM sekolah pada tahun ini.








No comments:

Post a Comment